Selepas 5 tahun prototaip ‘AM-RB 003’ debut, @astonmartin perlihatkan hypercar ‘Valhalla’ versi produksi sedang dipandu uji.

Ada beberapa perbezaan antara model prototaip dengan model produksi hypercar itu; headlight, cermin sisi, bumper dan diffuser hadapan. Bahagian sisi air-intake juga telah diubah rekaannya.

Produksi hypercar V8 plug-in hibrid, berkuasa 998hp ini bakal bermula pada penghujung 2024 dan penghantaran kepada pelanggan pertama pada 2025.

Setakat kemas kini Ogos 2021, @astonmartin_kl berjaya mendapat 5 slot daripada 999 unit terhad. Dua unit sudah ditempah, masih berbaki 3 slot untuk didapatkan pada harga asas yang dianggar GBP600,000 (RM3.54 juta) sahaja.

Gambar: Aston Martin