Antara perkara hype yang ada pada iPhone 15 Pro kali ini adalah penaik tarafan pada sensor kameranya. Para peminat fotografi dan pencipta konten sudah pasti berlumba-lumba mahu mendapatkan peranti baharu ini.

Salah seorang influencer di Malaysia iaitu Khairulaming telah pun mendapatkan iPhone 15 Pro dan menguji keupayaan kamera di dalam dunia sebenar. Beliau telah berkongsi video ulasan itu di media sosialnya.

Baca Juga:

Khairulaming
Sumber Gambar: X @khairulaming

Difahamkan beliau mendapatkan model iPhone 15 Pro berwarna natural titanium dengan pilihan storan 1TB yang mana bersesuaian dengan keperluan pencipta kandungan yang sering merakam video dan mengambil gambar.

Pertama sekali, beliau sudah mencuba ciri telefoto yang mana terdapat sedikit penambahan pilihan zum iaitu 1.2x dan 1.5z. Untuk tahap zum 5x pula hanya tersedia pada model iPhone 15 Pro Max sahaja.

Untuk aspek Macro Shot, beliau sangat memuji akan kemampuan kamera iPhone 15 Pro yang boleh mengambil gambar jarak dekat pada sesuatu objek dengan jelas dan cantik.

Sementara mod Cinematic pula, Khairulaming mendapati telefon pintar ini boleh menghasilkan kesan bokeh yang baik pada subjek di samping boleh mengalihkan fokus kepada subjek lain dengan lancar.

Hasil videonya juga tampil lebih natural dan berkualiti berbanding sebelum ini sekaligus menjadi satu berita baik buat pencipta kandungan yang meminati mod sinematik.

Selain itu, beliau juga memperlihatkan perbezaan hasil gambar antara iPhone 15 Pro dan iPhone 14 Pro tahun lalu yang mana ternyata hasil kamera terbaharu lebih bagus.

Terdapat mod Apple Pro-Res Log yang mana boleh merakam video pada kualiti tinggi lalu boleh ditambah color grading untuk hasil video yang lebih sinematik dan cantik.

Beliau juga ada berkongsi beberapa keping gambar yang ditangkap dalam format RAW di mana hasilnya benar-benar tampak berkualiti dan jelas seumpama menggunakan kamera DSLR.

Secara keseluruhannya, beliau sangat berpuas hati dengan penawaran hasil gambar dan video menerusi kamera iPhone 15 Pro. Malah, beliau berpendapat iPhone 15 Pro pada kali ini bakal memudahkan urusan seharian sebagai pencipta kandungan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kehadiran beberapa ciri tambahan lain seperti Action Button dan juga rakaman suara terus ke mikrofon untuk voice over turut membantu di dalam kehidupan seharian.

Beliau juga memberi respon berkenaan isu overheat yang sedang tular di mana ia tidaklah sepanas yang didakwa sepanjang penggunaan termasuklah ketika merakam video dalam mod Pro-Res.