Jumaat lalu berlangsungnya persidangan antara negara-negara maju dari seluruh dunia yang diadakan di Quebec, Canada.
Persidangan G7 ini mengumpulkan ketua negara dari 7 negara iaitu Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, Itali, France dan United Kingdom di mana persidangan kali ini memfokuskan hubungan dagangan antara negara-negara yang terlibat.
Namun highlight persidangan ini semestinya kepada gambar yang dirakam oleh jurugambar kabinet Jerman, Jesco Denze yang sempat merakam gambar ketika semua sedang ‘marah’ dengan keputusan yang dibuat oleh Donald Trump.
Gambar ini terhasil selepas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump enggan menandatangani perjanjian dagangan yang telah dibuat pada persidangan G7 ini sedangkan 6 negara lagi sudah bersetuju dengan resolusi ini. Resolusi ini sebenarnya mahu mencari hubungan dagangan yang lebih baik, adil dan memberi menfaat kepada setiap negara anggota G7.
PM Justin Trudeau of Canada acted so meek and mild during our @G7 meetings only to give a news conference after I left saying that, “US Tariffs were kind of insulting” and he “will not be pushed around.” Very dishonest & weak. Our Tariffs are in response to his of 270% on dairy!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) June 9, 2018
menambah garam di ‘luka’ yang sedang berdarah, Trump turut membuat kenyataan terbuka kepada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang mengatakan beliau ‘lemah’ kerana tidak bersetuju dengan apa yang Amerika Syarikat mahukan; menetapkan kadar tarif untuk dagangan besi dan aluminium untuk negara Mexico, Kanada dan Eropah.
Gambar yang viral ini menyaksikan Chancellor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri UK Theresa May dan beberapa orang penting G7 bersemuka dengan Trump untuk beliau bertukar fikiran.
Dalam gambar ini dapat dilihat Trump hanya tersenyum, Angela nampak marah dan Shinzo Abe nampak pasrah dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat itu. Gambar ini adalah sangat hebat dan di Twitter, gambar ini ditukar menjadi pelbagai versi yang lucu belaka.
When Art History comes for you. pic.twitter.com/kCeq9nLqiy
— Cameron Bailey (@cameron_tiff) June 10, 2018
— Dave Itzkoff (@ditzkoff) June 9, 2018
Itulah Presiden Amerika Syarikat yang angkuh dan tidak langsung berganjak dengan pendirian mereka. Persidangan G7 selama dua hari ini jadi sia-sia kerana keengganan Trump menandatangani resolusi yang telah dibuat. Namun, gambar yang dirakam Jesco ini akan tersimpan di dalam lipatan sejarah sebagai salah satu gambar hebat yang pernah dirakam.