Perodua sekali lagi memperlihatkan model Electric Motion Online (e-MO) sempena acara Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung baru-baru ini.

Kali ini rekaan model EV pertama Perodua itu dipamerkan dalam bentuk dipotong separuh dan berwarna hitam Vantablack.

Baca Juga:

Rekaan half-cut itu turut menunjukkan ruangan dalam model itu, seperti komponen bateri dan kokpit kereta.

Eksklusif: Gambaran Model Pertama Perodua EV 2025
Sumber Gambar: Facebook Perodua

Sempena cuti Hari Wesak hari ini, pereka digital model kereta, Theottle berkongsi gambaran konsep penuh kereta EV Perodua berdasarkan model konsep yang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025.

Menurutnya, model Perodua EV segmen-B itu nanti bersaiz di antara Perodua Ativa dan Toyota CH-R.

Eksklusif: Gambaran Model Pertama Perodua EV 2025
Sumber Gambar: Instagram @theottle
Eksklusif: Gambaran Model Pertama Perodua EV 2025
Sumber Gambar: Instagram @theottle
Perodua EV bakal berada di pasaran akhir tahun ini

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, model Perodua EV pertama itu akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Model itu dijangka ditawarkan pada harga di bawah RM80,000, serta akan memasuki fasa pengeluaran akhir pada Oktober ini, petik Berita Harian.

Sebanyak 500 unit sebulan disasarkan di kilang baharu Perodua di Rawang, Selangor.

Ia dilengkapi sistem pengecasan pantas 60kW DC dengan jangka hayat bateri sekitar sembilan tahun.

Setiap unit bateri bakal dilengkapi dengan sistem pengenalan khusus bagi tujuan pengesanan dan keselamatan.

Sementara kita tunggu pelancaran model itu pada akhir tahun nanti, anda boleh tonton bagaimana Theottle membuat rekaan model Perodua EV tersebut di bawah.