Peningkatan jumlah pengguna kereta elektrik pada saban hari di Malaysia mendorong kepada keperluan mengetahui lokasi pengecasan dengan lebih cepat dan meluas.
Google pada kali ini telah mengemas kini servis Maps mereka dengan memasukkan info lokasi pengecasan kenderaan elektrik menerusinya. Maklumat yang dipaparkan juga agak terperinci termasuklah pilihan jenis plug, pengecasan pantas dan juga tempoh beroperasi sesuatu lokasi pengecasan.
Baca Juga:
- Kerajaan Putuskan Jemaah Menteri Bakal Guna Kereta Elektrik Mulai 2023
- Perodua Mahu Perkenalkan Kereta Elektrik Tempatan Yang Mampu Dimiliki Orang Ramai
Dengan memasukkan frasa charging station pada ruangan carian, anda bakal dipaparkan dengan senarai sejumlah lokasi pengecasan kereta elektrik di sekitar berdekatan dan juga lokasi yang tersedia.
Malah, anda boleh menapis dengan lebih spesifik stesen pengecasan yang menyediakan kepala pengecas yang bersesuaian berserta kapasiti kuasa 50kW dan ke atas atau pun 150kW dan ke atas. Selepas memilih lokasi yang bersesuaian, anda boleh terus menavigasi ke lokasi berkenaan.
Buat pemilik kereta EV, ini merupakan salah satu pilihan alternatif terbaik dalam mencari lokasi pengecasan kereta anda. Malah, maklumat yang diberikan juga sedia dikemas kini dari semasa ke semasa.