Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki yang menggalas sebuah beg dengan rekaan unik kereana lengkap dengan peralatan kamera canggih.

Menerusi video yang tular di TikTok, ia mempamerkan aksi seorang lelaki yang berjalan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Dengan tertera label Google Maps pada beg itu, jelas memberi petanda yang lelaki itu sedang bertugas untuk merakam kualiti gambar berdefinisi tinggi menerusi kamera 360 untuk dijadikan panduan pengguna.

Dalam istilah kata lain, dia sedang ‘mengemas kini’ data terbaharu buat aplikasi Google Maps.

Boleh dikatakan ini mungkin pertama kali orang ramai berjaya melihat kelibat penjejak dari Google Maps membuat kerja secara terbuka di khalayak umum di KL.

Lelaki itu dilihat berjalan di sekitar Bukit Bintang, menaiki jambatan ke LRT di kawasan berdekatan itu.

@wbbb_ttt

🇲🇾 KL!! Feels like half the city got “caught on camera” today.. OMG! Just spotted a Google Maps scout IRL 👀 Dude was carrying this MASSIVE backpack rig – looks heavier than my gym weights 😳 . Turns out it’s a literal human-sized Street View scanner!! Lowkey wanna check Maps later to see if I made a cameo LOL 📸 . #google #googlemap #jet2holidays #malaysia #kualalumpur

♬ 原聲 – 渐斌果子 – 渐斌果子

Kenapa wujudnya Google Street View Trekker?

Matlamat utamanya adalah untuk untuk mengambil gambar di tempat yang tidak boleh diakses oleh kereta dan memberikan petunjuk yang lebih jitu buat pengguna yang mahu melihat gambaran keadaan sekitar lokasi yang mahu dituju terutamanya di pejalan kaki.

Perlu diingatkan, beg yang digalas itu adalah berat kerana mencecah 18KG untuk model lama. Kamera yang dibawa pula kenalah dijaga dengan baik kerana berharga puluhan ribu ringgit.

Kamera ini dilengkapi dengan beberapa lensa beresolusi tinggi, sensor GPS yang canggih.

Sedutan video itu lalu dimuat naik menerusi sejumlah platform media sosial dan menariknya, ramai meluahkan rasa minat untuk mendapatkan kerja sedemikian.

google maps
Sumber Gambar: FB

Bagi netizen, mereka bukan sahaja boleh meraih pendapatan malahan dapat melakukan aktiviti kesihatan untuk tubuh badan sekaligus.

Google Maps ‘Jalan Kaki’ Jadi Perhatian, Ramai Berminat Untuk Dapatkan Kerja Ini
Sumber Gambar: FB

Dalam pada itu, ada seorang individu mendakwa kerja sememangnya mempunyai gaji yang lumayan beserta manfaat menarik dan hanya perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.