Kes tembakan di KLIA mengejutkan semua orang dan menyebabkan ramai orang bimbang dan simpati kepada pengawal peribadi yang kini dalam keadaan kritikal selepas ditembak.

Majikannya, Elite Bodyguard Service Company berkongsi kepada The Strait Times bahawa mangsa sebenarnya tidak dijadualkan untuk bekerja pada hari tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, dia terpaksa menggantikan rakan sekerjanya yang bercuti hari raya.

Nama mangsa adalah Mohd Nur Hadith, digelar Along, telah bersama syarikat itu selama 4 tahun, kata Rashid Ratag pengarah syarikat itu.

“Dia sememangnya seorang yang terlatih dalam kawalan keselamatan. Kerana individu yang menggunakan perkhidmatan kami berisiko tinggi jadi kami memilih Along untuk menjadi bodyguardnya.

“Saya tidak sangka Along begitu komited dengan tugas yang diberikan kepadanya sehingga dia sanggup mempertaruhkan nyawanya,” kata Rashid kepada Utusan Malaysia.

Dia terlatih dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun.

Nur Hadith dilaporkan berusia 37 tahun dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Untuk rekod, syarikat tersebut dikenali sebagai pembekal perkhidmatan keselamatan dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada 100 ahli yang berpengalaman dalam bidang keselamatan.

Kebanyakan daripada ahli pasukan ini adalah bekas-bekas polis dan anggota keselamatan lain yang telah melalui latihan yang ketat.