Pada bulan Mei lalu, tular satu video yang memperlihatkan sikap biadap pelancong Israel yang meremehkan warga tempatan dengan mendakwa “perlu duit mereka untuk bina negara tersebut”.

Perkara ini berlarutan sudah banyak insiden berangkai lain yang membabitkan pelancong dari negara haram itu yang akhirnya timbul kebencian yang menebal dalam kalangan warga tempatan.

Berdasarkan penularan informasi di media massa, pada tahun ini, notis atau papan tanda berlabel ‘No Israel’ dipasang di sejumlah restoran dan kedai di Thailand.

Malah, sekumpulan pemilik perniagaan dan penduduk pulau baru-baru ini telah memfailkan petisyen dengan lebih daripada 200 tandatangan kepada gabenor wilayah Surat Thani menurut satu sumber laporan.

Petisyen tersebut menggesa tindakan diambil terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai “aktiviti Israel yang menyebabkan kesulitan kepada komuniti tempatan.”

Dianggarkan 350,000 pelancong Israel akan melawat Thailand pada tahun 2025, meningkat 25% dari tahun sebelumnya.

Namun peningkatan ini telah menimbulkan rasa tidak senang kerana didakwa kurangnya rasa hormat terhadap budaya tempatan serta penubuhan sekolah dan pusat keagamaan Israel yang mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Jadi, di lokasi terutamanya di Chiang Mai, Phuket & Bangkok sudah tidak terima pelancong dari Israel. Pelancong negara haram itu dikatakan sangat sombong, berkasar dan gemar bergaduh bila ditegur.

Dan ada yang lebih angkuh siap mendakwa tanpa mereka, warga tempatan tidak boleh buat duit.

@therealjeremyabramson

#Israel #boycott #thailand #boycottisrael #Palestine

♬ original sound – The REAL Jeremy Abramson

Salah satu notis yang ditampal pada pintu utama kedai potong rambut, si pemilik enggan terima pelanggan dari Israel lagi susulan sudah serik dengan sikap bongkak dan bermasalah ketika mendapat servis di sana.

Perkara ini menjadi serius sehingga pihak berkuasa Thailand sedia masuk campur dengan menyeru pelancong Israel agar berkelakuan sopan semasa melawat negara itu, berikutan peningkatan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awrang tempatan terhadap tingkah laku mereka.