Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Ducati maut selepas terjatuh daripada flyover di susur keluar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini.
Menerusi ciapan video Twitter @HezeriSamsuri, terdapat sebuah motosikal sedang bergerak melawan arus di lorong kanan. Apabila hampir sampai di selekoh, penunggang motosikal mengangkat tangan kiri dipercayai memberi isyarat kepada penunggang motosikal yang berada di hadapannya untuk mengelak.
Baca Juga:
- Sekali ‘Rem’ Terus Terdiam, Pemilik Superbike Usik Geng Motosikal Kapcai Undang Rasa Geli Hati Netizen
- Selepas Bertahun Alami Krisis Rumah Tangga, Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah
- 84 Peratus Rakyat Malaysia Dilaporkan Tiada Simpanan Bulanan Yang Tetap
Sebuah Ducati yang sedang mengambil selekoh itu berjaya mengelak motosikal yang melawan arus, namun superbike itu terus bergerak melanggar dinding flyover yang menyebabkan penunggang motosikal Ducati terpelanting jatuh ke bawah.

Setakat artikel ini ditulis, mangsa hanya dikenali sebagai Mohammad Reza Abdul Rashid, 43 tahun. Masih belum ada maklumat terkini berhubung insiden terbabit.
Orang ramai meminta pihak berkuasa segera memburu penunggang motosikal yang menjadi punca kemalangan maut tersebut.