Seorang pemilik superbike mencuri tumpuan netizen apabila mengusik sekumpulan geng motosikal kapcai yang berada di sebuah stesen minyak.

Dalam satu video yang dimuat naik TikTok @nrlutfy ada merakam situasi di mana geng motosikal kapcai yang sedang berkumpul di stesen minyak sambil memulas throttle untuk menguji ekzos masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tidak lama kemudian, seorang pemilik superbike Honda CBR 1000RR membuatkan semua geng motosikal kapcai terdiam, apabila dia memulas throttle motosikal berkuasa hampir 1,000cc itu.

https://www.tiktok.com/@nrlutfy/video/7243909344281038081

Semua mata memandang superbike ‘Rabbit’ itu dan geng motosikal kapcai membalas semula dengan membunyikan hon sebagai tanda ‘menghormati’ betapa berkuasanya motosikal tersebut.

Rata-rata netizen terhibur melihat tindakan pemilik superbike itu mengusik ‘adik-adik’ yang lain. Daripada stesen minyak itu bising dengan bunyi ‘rem’ motosikal kapcai, terus jadi senyap-sunyi umpama pengetua ronda satu sekolah.

Sumber Gambar: TikTok @nrlutfy
TikTok: TikTok @kidinrabbit
TikTok: TikTok @kidinrabbit

Nyata orang ramai lagi, bunyi ‘rem’ motosikal berkuasa tinggi jauh lebih sedap didengari berbanding motosikal kapcai yang modified paip ekzos, namun bunyinya membingitkan telinga.