Tidak dapat disangkal lagi terdapat pelbagai makanan yang sedap dan enak di Malaysia. Kalau tidak, mana mahunya YouTuber dari Greece sanggup ke Malaysia semata-mata nasi lemak.
Bukan mahu bercakap tentang nasi lemak, tetapi perkongsian CNN di Twitter tentang rendang daging yang disangkakan kari berjaya menarik ramai pihak terutama sekali rakyat Malaysia dan Indonesia.

What exactly is curry? It's not a single spice, nor is it the curry tree (though the leaves are used in some dishes). Here's what it looks like in 12 places around the world: https://t.co/2oYaZgs4DJ pic.twitter.com/C3iOXZrczn
— CNN (@CNN) January 23, 2020
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat CNN mengatakan bahawa rendang daging adalah kari di Malaysia dan Indonesia. Dalam artikel tersebut, CNN menjelaskan bahawa rendang daging adalah sejenis kari kering.
Rata-rata netizen mula membanjiri Twitter CNN dengan komen-komen dan netizen menegaskan bahawa rendang daging dan kari tidak sama. Malah, para netizen turut perbetulkan ‘terms’ yang digunakan oleh CNN.
come on @CNN rendang is not curry come to Malaysia or Indonesia and use your 5 senses to know what is 'real' rendang are….and just for your info, rendang is not crispy
— iderrr (@taebaekgom) January 24, 2020
https://twitter.com/Lehahahanat/status/1220540167011725312
Tapi kan hakam, omputeh punya definition of curry lain dengan kita. Pada dia curry tu sebarang gulai yang berempah dan berlemak. Hence, the name thai green curry/ thai red curry even tak pakai serbuk kari. Wallahualam 🤪
— Azrul (@azrulizard) January 24, 2020
Pastinya setiap orang memiliki pandangan yang berbeza. Akan tetapi, kekeliruan ini pastinya mengundang pelbagai reaksi dan apakah pandangan anda mengenai hal ini?
Masihkah anda ingat akan peserta Masterchef UK yang tersingkir kerana ayam rendangnya tidak ‘crispy’? Difahamkan kini beliau sudah tampil dengan buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’.
Chef Zaleha Olpin Lancar Buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’ Julai Ini
Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia
Kerana ‘Malaysian Rendang’ Laman Twitter Tottenham Hotspurs Diserang Peminat Indonesia