Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kenyataan biadab seorang individu yang dikenali sebagai penyokong kuat rejim Isra*l, dipercayai akibat ‘koyak’ setelah diasak dengan komen sini netizen Malaysia.

Pada mulanya, difahamkan seorang pengguna X dari Malaysia telah memberi respon sinis terhadap hantaran seorang pemimpin Arab yang menjadi sensasi di dalam konflik Iran-AS pada ketika ini.

Selepas itu, lelaki bernama Avi Karner tersebut telah mengeluarkan kenyataan kontroversial secara mengejut yang memperlekehkan kredibiliti Malaysia di peringkat global.

Dia bukan sahaja menyarankan agar rakyat Malaysia mengehadkan pergerakan di dalam negara, malah secara sinis meragui kemampuan mereka untuk memenuhi kriteria kemasukan atau memperoleh visa ke negara-negara maju

“Duduk sajalah di Malaysia. Kamu takkan ada peluang untuk dapat visa melawat negara-negara maju yang lain,” tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran itu dianggap hanya sekadar jenaka yang tidak berasas kerana sejumlah netizen Malaysia langsung memberikan fakta tentang kekuatan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.

 

Mengikut data terbaru Henley Passport Index 2026, pasport Malaysia kini berada di kedudukan ke-6 dunia (meningkat dari tangga ke-12 pada tahun sebelumnya). Ini menjadikan pasport kita antara yang paling “berkuasa” di peringkat global.

Rakyat Malaysia boleh memasuki 183 buah negara tanpa perlu memohon visa terlebih dahulu (termasuk visa-on-arrival dan eTA). Ini membuktikan kedaulatan dan kepercayaan dunia terhadap keselamatan serta kestabilan dokumen perjalanan kita.

Mengikut indeks yang sama, kekuatan pasport Malaysia kini telah mengatasi Amerika Syarikat (tangga ke-10) dan beberapa negara Eropah yang lain. Secara teknikalnya, rakyat Malaysia mempunyai kebebasan bergerak yang lebih luas berbanding sesetengah rakyat “negara maju” yang disebut oleh individu tersebut.

Pada akhirnya, kenyataan berbaur emosi daripada individu pro-Israel ini hanyalah sekadar bunyi bising di media sosial yang gagal mengubah fakta.

Ketika dia sibuk ‘mendoakan’ kegagalan rakyat Malaysia, data antarabangsa pula menunjukkan sebaliknya pasport kita terus memanjat tangga dunia, mengatasi negara-negara besar yang lain.

Mungkin sudah tiba masanya untuk dia menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak perlu meminta ‘izin’ daripada pihak yang ‘koyak’ untuk terus terbang tinggi di persada antarabangsa.”