Sejak laluan MRT Putrajaya dibuka sepenuhnya, angka pengguna pengangkutan awam itu boleh dikatakan meningkat kerana ia memudahkan penduduk di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya keluar-masuk di kawasan tersebut tanpa perlu membawa kenderaan lagi.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana dua buah bas pengantara MRT tersangkut ketika ingin mengambil penumpang di Stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Baca Juga:

Kejadian itu berpunca beberapa kenderaan orang awam diletakkan di bahu jalan laluan bas berkenaan sehingga laluan terhalang.

Difahamkan kawasan stesen MRT di situ turut menyediakan ruangan parkir berbayar, namun oleh kerana pemilik kenderaan mahu ‘berjimat’, mereka memilih untuk meletakkan kenderaan di kiri kanan bahu jalan.

Tindakan pemilik kenderaan yang pentingkan diri sendiri itu mengundang rasa marah netizen. Oleh sebab mereka, jadual bas MRT ‘lari’ dan menyebabkan orang lain lewat untuk pulang ke rumah berbuka puasa.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1646160490861678595?s=20

 

Tambah netizen lagi, penguatkuasa perlu menjalankan operasi bagi membanteras orang awam yang meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang lalu-lintas.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.