Anda pasti perasan akan perubahan harga barangan dahulu dan sekarang. Peningkatan harga barang memberikan kesan kepada setiap rakyat Malaysia.

Disebabkan harga barang meningkat, banyak peniaga makanan yang meningkatkan harga jualan mereka dan walaupun mereka mahu memberikan harga murah tetapi faktor keadaan mendesak tetap membuatkan mereka terpaksa menaikkan harga jualan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, sebuah kedai nasi ayam di Besut, Terengganu yang masih mengekalkan harga nasi ayam mereka iaitu RM1.90 sebungkus telah jadi bualan ramai apabila terpaksa menaikkan harga nasi ayam kepada RM3.

@suhaidasuu

Cri samah seriya utk hidup bukan utk kaya ☺️ #NasiAyamKualabesut #jertehbesut #terengganu #besut #kelantan #fyp #fypシ

♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official

“Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90. Namun dengan ekonomi sekarang, kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3,” ujar Suhaida Suu.

Akan tetapi, sikap segelintir pelanggan yang mengecam perubahan harga tersebut sedangkan ia masih murah berbanding harga di kedai-kedai lain telah mengecewakannya sebagai seorang peniaga.

“Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.” tambahnya.

Video tersebut telah meraih perhatian netizen dan hasil tinjauan kami rata-rata netizen memberikan sokongan kepada peniaga tersebut serta memintanya tidak menghiraukan komen negatif kerana harga tersebut sudah cukup murah.