Memandangkan masyarakat mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan, maka ramai memilih untuk tidak menggurangkan pengambilan gula di dalam kehidupan seharian.

Malah ia bukan suatu perkara asing lagi sekiranya ada sesetengah pelanggan yang memesan minuman di kedai makan dengan meminta agar jumlah gula dikurangkan.

Baca Juga:

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pelanggan ini apabila dia membuat pesanan di sebuah kedai makan agar minumannya tidak diletakkan gula dan ais.

Dalam sekeping gambar resit yang dimuat naik dalam hantaran Facebook  Chee Chong Chin pada 15 Mac lalu, difahamkan caj RM3 dikenakan kepada pelanggan terbabit bagi setiap minuman yang diminta tanpa gula dan RM3 lagi jika tiada ais.

Sumber Gambar: FB Chee Chong Chin

Secara keseluruhannya, pelanggan itu diminta untuk membayar RM6 bagi caj tambahan.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan pelanggan tersebut meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh peniaga berkenaan kepada mereka.

Namun begitu, nama dan lokasi tidak didedahkan oleh pelanggan terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya netizen turut mempersoalkan perkara yang berlaku kerana merasakan tindakan peniaga itu seperti tidak sepatutnya terjadi.

Secara logiknya, permintaan pelanggan untuk mengurangkan gula akan menguntungkan peniaga kerana tiada modal gula di situ.

Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa jumlah keseluruhan untuk satu minuman itu terlalu mahal dan hampir sama dengan harga minuman berjenama yang terkenal di pasaran.

Netizen turut berseloroh bahawa kos tambahan itu disebabkan peniaga berasa ‘ tersakiti’ kerana perlu mengubah resepi minuman mengikut kehendak pelanggan.