Umum mengetahui akan berita selebriti dan instafamous yang didakwa menyalahgunakan surat kebenaran merentas negeri untuk kepentingan diri sendiri.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sekeping gambar berkaitan permohonan surat kebenaran merentas negeri di sebuah balai polis tular. Menerusi memo dalam gambar tersebut, para pemohon haruslah mengemukakan itinerari sepanjang perjalanan anda dengan lengkap bagi mengelakkan kejadian yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
https://twitter.com/fljasmy/status/1379136950045605890?s=28
Lantaran penularan memo tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana permohonan surat merentas negeri sudah lebih ketat daripada biasa.
Bukan itu sahaja, para netizen berasa tidak adil kerana ramai yang patuh pada SOP tetapi mudah sahaja golongan ternama melanggarnya.
Punca lah ni celaka! pic.twitter.com/x2Mdy5X7JL
— HermyR (@HermyRahim) April 5, 2021
Lah bodohnya. Satu kerja pulak kena prepared itinerary untuk berjalan. Macam gampang punya response untuk public. Tapi kalau kertas siasatan tu makan minggu nak settle https://t.co/99NadBrpcq
— SEPOSEN (@seposenys) April 5, 2021
Thank sangat sangat @Neelofa appreciate sangat . Terima kasih .. rasa nk buat pulut kuning bg kt mu. Mesti bestkan dduk above the law . https://t.co/eADZeNEBBf
— syazwan (@mrkart_) April 6, 2021
https://twitter.com/Khairul_Amer/status/1379107590123089921
Isu ini sedikit sebanyak membuatkan ramai pihak kecewa kerana apabila berkaitan orang ternama hanya seperti tutup mata tetapi sebaliknya apabila melibatkan rakyat marhaen.
Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis yang mengesahkan kesahihan memo yang tular itu. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan isu merentas negeri pada pautan di bawah ini.
Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Tindakan ‘Instafamous’ Buat Netizen Berang
Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi