Pada waktu ini boleh dikatakan trafik di serata Malaysia sangat sibuk kerana orang ramai berpusu-pusu keluar untuk membeli barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada minggu hadapan.
Baru-baru ini satu rakaman dashcam telah menjadi perbualan pengguna Facebook apabila seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi kelihatan naik angin dan memarahi pemandu kereta Mitsubishi setelah lelaki itu melanggar seorang penunggang motosikal wanita di hadapannya.
Kejadian itu bermula apabila wanita itu sedang melalui di antara kenderaan semasa keadaan trafik yang sangat perlahan. Semasa wanita itu menghampiri Proton Iriz, sebuah Mitsubishi Lancer menghampiri di kanannya sambil membuka lampu signal sebagai petanda awal dia mahu masuk ke kiri.
Wanita itu kemudiannya secara tiba-tiba membrek motosikalnya, lalu penunggang motosikal berkuasa tinggi itu yang berada terlalu rapat di belakang tidak sempat brek dan terus melanggarnya sehingga terjatuh di hadapan Iriz.
Mungkin terkejut dengan insiden itu, lelaki itu terus naik angin dan memarahi pemandu Lancer untuk beberapa saat tanpa menghiraukan wanita dilanggarnya yang sudah terbaring di atas jalan raya.
Setelah itu datang seorang ‘Abang Foodpanda’ dan penunggang motosikal lain dari belakang yang cepat-cepat memberhentikan motosikal mereka untuk membantu wanita itu.
Orang ramai yang menonton video tersebut merasakan tindakan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu tidak wajar kerana sanggup membiarkan mangsa yang dilanggarnya terbaring kesakitan begitu sahaja tanpa memberikan bantuan awal.
Tambah netizen lagi, sudahlah tidak menjaga jarak semasa melalui lalu lintas yang sesak. Apabila sudah berlaku kemalangan, salahkan orang lain pula punca insiden itu berlaku.
Pada masa sama, orang ramai memuji ‘Abang Foodpanda’ yang langsung tidak membuang masa dan cekap terus membantu mangsa sejurus ternampak kemalangan itu berlaku.
Sebuah Perodua Ativa dibaling objek oleh petugas RELA selepas pemandunya enggan memperlahankan kenderaan apabila lampu isyarat sudah berwarna kuning. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Langgar Lampu Isyarat Merah Depan Sekolah, Ativa Kena ‘Sebat’ Dengan Kakak RELA
‘Tersangkut’ Hampir 2 Jam Di Parkir Bawah Tanah IOI Mall Putrajaya, Palang Keluar Didakwa Jadi Punca
Pemandu Ferrari 458 Dalam Insiden Pukul Pengguna Jalan Raya Pernah Dituduh ‘Scam’ Orang Ramai