Gary Lineker tidak akan disambung perkhidmatannya di BBC kerana komen yang diannggap anti semitik.
Untuk memahami ketegangan antara Gary Lineker ini, kita harus berpatah balik tahun sebelum ini.
Bagaimana ia bermula
Pundit terkemuka itu sebelum ini disiasat oleh BBC berikutan komennya tentang zionis pada tahun lalu. BBC mendapat tekanan yang hebat daripada pihak yang pro Israel. Mereka mendesak agar Gary Lineker dipecat.
Rakyat UK yang pro Israel juga ramai meminta pundit itu segera dibuang kerana menurut mereka BBC adalah milik kerajaan dan pakai wang rakyat.
Menurut The Guardian, BBC membayar £1.4 juta setahun kepada Lineker.
Tekanan sekali lagi ke atas BBC apabila tahun lalu Gary Lineker memuat naik video keadaan di Gaza, atas tujuan kesedaran global tentang keganasan Zionis.
Ianya membuatkan Lineker terus dibidas oleh segelintir pihak yang bertentangan pendapat.
Video tersebut adalah video berkatan dengan: ‘Memahami Zionisme dalam 2 minit’. Video dihasilkan orang lain yang hanya dikongsikan semula.
Lantas ramai pihak mulai menuduh Lineker sebagai anti semitik. Dan mendesak dia segera dipecat.
Lineker tampil meminta maaf jika ada golongan berbangsa Yahudi tersinggung. Menurutnya, dia tidak berniat mengutuk kaum Yahudi, sebaliknya hanya berkongsi video yang berkaitan keganasan Zionis.
Gary Lineker hanya mahu bagi kesedaran
Dia akui terlepas pandang tentang ada ayat dalam video tersebut yang berbaur anti Yahudi.
“Saya meminta maaf tentang beberapa rujukan dalam video itu yang menyinggung. Namun saya sangat percaya tentang kepentingan untuk bersuara demi isu kemanusiaan.
“Ini termasuk tragedi di Gaza yang membarah,” tegas Lineker.
Bos BBC bengang
Tim Davie, Pengarah Urusan BBC, telah membidas Lineker. Menurutnya, tindakan Lineker itu memberikan kesan kepada imej BBC.
Menurut Davie, BBC adalah institusi yang hebat sehinggalah ada orang seperti Lineker yang menjadi perosak, pada pandangan matanya.
“Imej BBC ini dipegang oleh semua orang [yang bekerja dalam BBC]. Apabila ada seorang buat silap, ia akan terkena kepada kita semua,” kata Davie yang menyalahkan Lineker sebagai punca kerosakan imej BBC.

Tak undur walau setapak
Lineker tidak pernah takut untuk bersuara walaupun ditekan. Malah dia menyatakan pandangan yang sama tentang aspek kemanusiaan di Gaza banyak kali.
Dia malah meminta BBC tak perlu bersikap atas pagar, cuma perlu bersikap menegakkan fakta.
Gary Lineker, "What's going on there (Gaza), the mass murder of thousands of children is something we should have an opinion on"
Amol Rajan, "The BBC needs to be impartial about it"
Gary Linekar, "Why? It needs to be factual"
Amol Rajan, "It needs to be impartial about… pic.twitter.com/LFUuvpvyCe
— Farrukh (@implausibleblog) April 22, 2025
Lineker juga mengkritik BBC yang menurutnya terlalu memikirkan orang yang bencikan BBC berbanding dengan mereka yang sayangkan BBC.
Gary Lineker, "Why worry about people you don't like?"
Amol Rajan, "Because of damage to the BBC"
Gary Lineker, "This is the mistake the BBC make"
"The BBC try to appease the people that hate the BBC"
"They worry way to much about that, rather than worrying about the people… pic.twitter.com/aKjKMUuoaz
— Farrukh (@implausibleblog) April 22, 2025
Saga perbalahan berakhir
Setelah sekian lama konflik pendirian antara BBC dan Gary Lineker akhirnya berakhir.
Dan kini, BBC dan Gary Lineker dikatakan sudah mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Gary Lineker rela menyerahkan baki kontraknya yang bernilai jutaan pound lagi demi prinsip yang dia percaya.
Ahad ini akan menjadi hari terakhir Gary Lineker di BBC setelah 26 tahun berkhidmat dengan mereka. Dia adalah pundit yang sangat popular terutama sekali menerusi segmen Match Of The Day.
Dia juga terlepas peluang untuk menjadi pundit Piala Dunia 2026 yang akan datang. Kontrak lumayan yang dilepaskan oleh Lineker demi prinsip yang dia percaya.