Bola sepak dan layangan kad merah memang merupakan perkara yang tidak boleh dipisahkan apatah lagi jika seorang pemain itu telah menikmati begitu banyak perlawanan sepanjang karier mereka.
Ketika berada dalam keadaan tertekan, pemain berkemungkinan akan melakukan perkara di luar kebiasaan hingga menyebabkan mereka diperintahkan keluar padang.
Baca Juga:
- Peminat Percaya Benzema Tayang Ballon D’Or Di IG Story Sebab Sindir Ronaldo
- Perancis Jadi Pilihan Phillip Lahm Muncul Juara Euro 2024
- Kehebatan Arif Aiman Jadi Bualan Pemerhati Bola Sepak Antarabangsa
Ia tanpa mengira layangan dua kad kuning atau menerima kad merah secara terus diberikan oleh pengadil bertugas.
Namun di sebalik risiko tersebut, terdapat bekas pemain yang sudah pun mengumumkan persaraan daripada kancah bola sepak, dapat mengawal tingkah laku dan kesabaran mereka ketika beraksi sepanjang karier hebat mereka.
Pemain-pemain yang dimaksudkan ialah:
1) Gary Lineker
Legenda England yang kini berusia 63 tahun itu bukan sahaja tidak menerima sebarang kad merah sepanjang kariernya. Malah, pengadil pada sekitar 1978 hingga 1994 tidak pernah langsung berkesempatan untuk melayangkan kad kuning kepadanya.
Ia merupakan rekod yang ‘cukup gila’ dipegang oleh bekas penyerang Leicester City, Everton, Barcelona, Tottenham Hotspur dan Nagoya Grampus Eight tersebut.
2) Phillip Lahm
Berperanan selaku pemain pertahanan kanan sudah pasti memerlukan legenda Jerman ini untuk melakukan terjahan serta halangan bagi merantai pergerakan pemain lawan.
Tetapi, pemenang Piala Dunia 2014 tersebut berjaya melakukannya tanpa diberikan sebarang layangan kad merah kepada beliau dalam 773 perlawanan yang dilaluinya.
Satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang pemain pertahanan.
3) Raul Gonzalez Blanco
Seringkali menghadapi perlawanan panas seperti ‘El-clasico’ menentang Barcelona dan Ruhr Derbi (Borussia Dortmund bertemu Schalke 04), Raul tidak pernah terbabit dengan sebarang insiden kad merah.
Legenda Sepanyol itu berjaya mengawal dirinya dengan baik daripada segala tekanan yang dihadapi untuk mengelakkannya terpalit dengan insiden panas.
4) Damien Duff
Bekas pemain sayap lincah Blackburn Rovers, Chelsea, Newcastle United,Fulham, Melbourne City dan Shamrock Rovers ini telah menikmati 626 penampilan bersama kelab sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2015.
Walaupun sering menjadi mangsa terjahan pertahan lawan, Duff tetap tenang mengawal dirinya daripada bertindak di luar batasan.
5) Michel Platini
Platini yang merupakan bekas Presiden UEFA telah membuat 622 penampilan di peringkat kelab dan antarabangsa bersama AS Nancy-Lorraine, AS Saint-Étienne, Juventus dan skuad kebangsaan Perancis.
6) Hernan Crespo
Penyerang kelahiran Argentina yang membuat lebih 600 penampilan di peringkat kelab dan antarabangsa ini turut mampu mengawal kesabarannya walaupun beliau pasti dikawal rapat pertahanan lawan.
Calon menunggu
Dua pemain veteran, Karim Benzema dan Andres Iniesta turut masih belum menerima sebarang kad merah setakat ini.
Tetapi, mereka tidak disenaraikan bersama pemain-pemain di atas kerana masih lagi bergelar pemain aktif (belum mengumumkan persaraan) dimana sebarang kemungkinan mungkin berlaku.