Geely merancang untuk membeli semua baki saham Zeekr dalam satu perjanjian bernilai AS$2.4 bilion (RM11.23 bilion), dengan menawarkan premium hampir 19% — hanya setahun selepas penyenaraian Zeekr di pasaran saham AS.

Memetik portal Finimize, Geely, yang kini sudah memiliki hampir 63% pegangan dalam Zeekr, sedang menawarkan AS$2.687 (RM7.46) sesaham untuk mengambil alih baki saham syarikat EV itu secara persendirian.

Tawaran ini mewakili premium sebanyak 18.9% berbanding harga penutupan terakhir saham Zeekr di pasaran AS pada 6 Mei, menjadikannya tawaran yang agak menarik buat pemegang saham minoriti.

Sekiranya tawaran ini berjaya, Geely dijangka akan membayar sekitar AS$2.4 bilion (RM11.23 bilion) secara keseluruhan, dengan lebih kurang AS$1.05 bilion (RM 2.9 bilion) diperuntukkan kepada beberapa pemegang saham Zeekr yang berkait rapat dan mengawal kira-kira 15% saham yang masih belum dimiliki.

Langkah ini hadir hanya setahun selepas Zeekr mengumpul AS$441 juta (RM 1.22 juta) melalui IPO di New York, dan mencerminkan usaha Geely untuk menyatukan operasinya di bawah satu penyenaraian utama.

Bagaimanapun, perjanjian ini masih belum muktamad — ia masih menunggu kelulusan rasmi daripada para pemegang saham dan pihak pengawal selia.

Langkah Geely untuk menyusun semula penyenaraiannya boleh membantu memperkemas strateginya serta memudahkan penjenamaan di peringkat antarabangsa, serta bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit dalam industri.

Sumber