Anak-anak Melayu yang dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat berusaha untuk bercakap di dalam Bahasa Melayu. Walaupun bunyinya agak lucu dan kelakar, kita patut hargai usaha mereka ini.
Jangan kata sebab anak-anak Melayu ini tidak makan belacan dan budu menyebabkan mereka tidak fasih berbahasa Melayu. Mereka makan belacan dan budu di sana tapi seperti kita disini, adakah kita akan fasih berbahasa Inggeris jika selalu makan keju? Itulah pendapat MalayUSA.
Tujuan asal video ini untuk kongsi bahasa Melayu kepada kawan-kawan mereka di Amerika. Mereka masih dalam proses belajar untuk sebut sesetengah huruf “C”, “K”, “SY”, dan itu tidak menghalang mereka untuk mempromosikan bahasa Melayu kepada orang-orang Amerika.
Sumber: MalayUSA
Like The Vocket di Facebook