Negara Korea Selatan sering menjadi salah satu bucketlist yang wajib dikunjungi oleh pelancong kerana tertarik dengan budaya dan mungkin juga dari filem atau K-Drama yang popular.
Walaupun mereka sering memberi gambaran yang positif di dalam kaca televisyen, realitinya ada sifat rasis yang menebal di dalam diri sebahagian warga tempatan di sana.
Inilah nasib yang ditimpa oleh seorang wanita bersama rakannya yang mana mendapat layanan buruk oleh warga tempatan di sana dek kerana mengamalkan ajaran Islam iaitu memakai tudung untuk menutup aurat.
Melihat dari rakaman video yang dikongsikan, warga tempatan di sana sepertinya tidak suka melihat wanita itu bertudung yang dipercayai kerana mempunyai persepsi negatif terhadap Muslim.
Bermula di lapangan terbang sahaja, seorang lelaki Korea datang meluru ke arah wanita itu sambil mengarahnya keluar dari negara itu dan mengeluarkan kata kesat sambil menghayun penumbuk sebagai persediaan untuk mencederakan mangsa.
Kedengaran wanita itu meminta lelaki itu untuk beredar dalam keadaan segera kerana risaukan keselamatan dirinya.
Hal ini berlarutan sehinggalah ke perkhidmatan teksi atau e-hailing yang dinaikinya, si pemandu secara terang-terangan memperlihatkan kebencian terhadap pelancong muslim dengan memperlihatkan mesej negatif menerusi skrin telefon pintar.
“Saya tidak boleh hidup di mana-mana negara Muslim,” teks yang diterjemahkan dari Bahasa Korea kepada Bahasa Inggeris lalu diperlihatkan kepada pelanggan muslim yang sedang menaiki keretanya malahan sambil ketawa seolah-olah ia sesuatu yang lucu.
Wanita itu tersangat kecewa melihat layanan warga Korea Selatan terhadap mereka dek kerena hanya mengikuti ajaran Islam dan berkongsi ada baiknya duduk di rumah sahaja berbanding pergi melancong ke negara yang tidak menerimanya.
Bagaimanapun, wanita itu masih memuji polis yang menahan lelaki yang cuba mencederakannya di lapangan terbang pada ketika itu.
@maryomaaa____ Stay home honestly #muslim #hijabitraveller #hijabi #hijabitravel #muslimtravel
Oleh itu, di ruangan komentar, netizen yang menitip pesanan agar selepas ini perlu lakukan semakan sama ada sesebuah negara itu mesra Muslim atau pun tidak dalam menjamin keselamatan sewaktu berada di sana.