Walaupun dalam keadaan hujan, kegigihan beberapa orang pekerja di sebuah kedai mamak layak dipuji ramai.Tindakan murni yang dipamerkan oleh sekumpulan pekerja itu tular di media sosial menerusi satu perkongsian video di TikTok.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat empat pekerja dari sebuah restoran di Bangsar itu mengalihkan dua pokok tumbang yang telah menghalang laluan kenderaan.
Baca Juga:
- Tolong Tolak Kereta Ke Tepi Jalan Seorang Diri, Radhi OAG Terima Pujian Netizen
- Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, ‘Pertolongan Kecil’ Lelaki Ini Raih Pujian Ramai
Pekerja ini gigih angkat itu dalam keadaan hujan lebat bagi memastikan kelancaran pengguna jalan. Tindakan mereka itu dipuji dan ramai netizen memberikan penghormatan kepada mereka.
Malah, mereka juga dilihat gagah mengangkat pokok itu yang mana sudah pasti bebannya agak berat.
@salim.hanafiah Hebat pekerja mamak alihkan pokok terbaik #malaysia #bangsar
Sementara di ruangan komentar, selain dipuji ramai, ada juga netizen yang mahu datang ke restoran sebagai tanda penghargaan dan tanda balas budi di atas tindakan mereka itu.
Tambahan pula, ada yang kenal dengan kedai makan ini serta memuji sajian yang enak di restoran tersebut dan memuji layanan baik mereka terhadap pelanggan.
Berdasarkan komen netizen, mereka mendedahkan bahawa nama mamak tersebut adalah Nasi Kandar Rasmeena yang bertempat di Bangsar. Anda yang berminat boleh datang ke restoran untuk mencuba sendiri hidangan yang ditawarkan.