Pada bulan Mei tahun lalu, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar telah sah bercerai selepas 19 tahun bersama. Malah, Azri juga dikatakan akan berkahwin sekali lagi dengan pilihan hatinya tidak lama lagi.

Terbaharu, Ellie telah hadir ke majlis pelancaran Tiga Drama Hebat dan bekas suaminya iaitu Azri turut hadir. Dalam satu temuramah, Ellie mengatakan ini adalah pertama kali dia bertemu dengan bekas suami dalam satu majlis.

Baca Juga:

Tambahnya, dia tidak mempunyai masalah bertemu dengan Azri meskipun mereka sudah tiada ikatan sebagai suami isteri. Walaupun berada dalam satu majlis, Ellie mengatakan dia tidak berkomunikasi dengan Azri.

Difahamkan, kedua-dua mereka bergandingan sebagai pelakon undangan dalam drama bersiri terbaharu Tanah Kubur yang bakal bersiaran di Astro Ria pada 11 Ogos ini.

Akan tetapi, penampilan Ellie ketika majlis pelancaran drama tersebut telah mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen memuji penampilan Ellie yang ‘glow up’ selepas bercerai.

Bukan itu sahaja, para netizen mengatakan Ellie juga kelihatan lebih muda dan gembira. Rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada Ellie.