Rakyat Malaysia memerlukan purata simpanan persaraan sebanyak RM3.9 juta untuk bersara dengan selesa dan tenang, ini berdasarkan kajian terkini daripada laporan kualiti hidup HSBC.

Tinjauan ini berdasarkan rakyat Malaysia yang kaya atau mereka yang berada di kelas T20 — mereka yang mempunyai aset boleh labur antara AS$100,000 hingga AS$2 juta (RM400,000 hingga RM9 juta) — dalam perbandingan sembilan pasaran termasuk Singapura, China, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), UK, AS dan Mexico.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kira-kira 57% daripada rakyat Malaysia yang kaya ditinjau berkata bahawa mereka bimbang apabila masuk umur-umur persaraan, kebimbangan utama mereka ialah kesihatan fizikal yang turun, diikuti oleh kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan inflasi memberi kesan kepada nilai simpanan persaraan mereka.

“Orang mewah Malaysia bercita-cita untuk bersara awal pada usia 57 tahun — tiga tahun jauh daripada umur persaraan wajib di Malaysia iaitu 60 tahun,” dedahnya.

Umur persaraan negara ini juga adalah yang paling rendah antara sembilan pasaran yang dikaji, dengan UK mempunyai umur persaraan tertinggi iaitu 62 tahun.

Mereka juga dilaporkan mempunyai pandangan yang lain mengenai rancangan untuk bekerja selepas bersara, dengan 44% mengatakan mereka akan bekerja selepas bersara, 44% lagi mengatakan mereka tidak akan bekerja, dan baki 12% masih belum membuat keputusan.