Google bakal melakukan rombakan ke atas kakitangan yang berkhidmat untuk peta digital Waze di mana mereka bakal dikenakan pemberhentian kerja.

Bagaimanapun, keputusan ini diambil kerana Google bercadang untuk memfokuskan perkhidmatan peta digital mereka kepada Google Maps, lapor CNBC.

Baca Juga:

Dalam e-mel yang ditujukan kepada pekerja, Chris Phillips, yang mengetuai bahagian peta digital Google, berkata syarikat itu akan menjalankan kemas kini terbaharu kepada perkhidmatan Google Maps.

Langkah ini menyebabkan Google terpaksa memberhentikan ratusan pekerja di Waze. Bagaimanapun, ia tidak dijelaskan secara khusus berapa ramai orang yang akan terjejas.

“Kami memutuskan untuk membuat peralihan kewangan kepada Waze. Semuanya akan dikendalikan oleh Pertubuhan Perniagaan Global (GBO), sama seperti Peta Google,” katanya dalam e-melnya.

“Malangnya, langkah ini mengakibatkan beberapa profesion diberhentikan kerja dalam penjualan, pemasaran, operasi dan analitik dalam unit Waze Ads,” jelasnya.

Untuk makluman, Waze mempunyai 500 pekerja. Sejak Disember lalu, Google telah bergabung dengan Waze untuk bekerjasama dalam perkhidmatan dengan unit Peta Google. Keputusan itu menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Waze, Neha Parikh meletak jawatan.

Pada masa ini, Waze mempunyai 140 juta pengguna aktif. Jurucakap Google berkata pemberhentian di Waze diperlukan. Walau bagaimanapun, Google akan terus mengekalkan keunikan jenama Waze pada masa hadapan.