Sesiapa saja dibenarkan untuk bangga diri jika masakan yang dimasak olehnya menerima reaksi positif dari chef terkemuka dunia.
Mungkin itulah apa yang dirasakan okeh Khairul Aming apabila usaha beliau memceburi bidang masakan kini telah dipandang oleh Gordon Ramsay, seorang chef selebriti yang berasal dari United Kingdom.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Semua orang mengenali Gordon Ramsay dan tahu bagaimana celuparnya mulut dia, tetapi untuk video TikTok kali ini, beliau mengambil sikap yang positif dengan memuji masakan Khairul Aming.
Dalam video berdurasi 1:00 minit yang dimuat naik di laman TikTok, Ramsay telah memberi reaksi berhubung cara Khairul Aming menyediakan resepi Burnt Sugar Steamed Pudding.
Now what.
Video @khairulaming dah dapat reaction daripada @GordonRamsay.
Mantap super power Malaysian. pic.twitter.com/pKfHQ3sfkf
— FE (@faizedzahar) May 17, 2023
Resepi ini juga sebenarnya adalah milik Gordon sendiri. Ia telah dimuat naik di dalam buku A Culinary Adventure terbitan National Geography.
Sepanjang menonton video tersebut, Gordon banyak memberi reaksi dengan cara Khairul Aming menyediakan resepi tersebut, “keciknya sudu anda,” kata Gordon merujuk sudu ‘legend’ milik Khairul Aming.
Pada akhir video, selepas melihat hasilnya, kedengaran Gordon menyatakan bahawa dia suka dengan cara Khairul Aming menyiapkan resepinya.
Gordon Ramsay juga bertindak berkata, “Saya akan berada di Malaysia, minggu depan, saya akan tunjukkan kepada anda.”
Tidak pasti adakah ini bermakna kita akan melihat Gordon Ramsay bergabung dengan Khairul Aming atau sebaliknya, tetapi jika gabungan ini menjadi kenyataan, ia adalah kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.