Perlumbaan Sprint di saingan Grand Prix Malaysia 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menjadi milik Alex Marquez daripada Gresini Racing MotoGP.

Pelumba dari Sepanyol itu mempamerkan prestasi meyakinkan untuk meninggalkan dua pencabar terdekat yang bermula di petak hadapan iaitu Jorge Martin dan Francesco Bagnaia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bermula di petak keempat tidak langsung menghalang pecutan Marquez yang cukup bertenaga untuk mengejar Martin bagi menduduki tempat kedua di selekoh pertama pusingan ketiga.

Kredit Foto: Amer Moose I The Vocket

Tekanan dilakukan Marquez terhadap Bagnaia membuahkan hasil pada pusingan keenam sekali gus membolehkan beliau mengambil alih tempat selaku pendahulu perlumbaan.

Selepas itu, Marquez tidak lagi menoleh ke belakang untuk menjuarai saingan dengan catatan masa 19:58.7130 saat.

Dengan kemenangan tersebut, Marquez menambah 12 mata untuk 129 mata keseluruhan bagi kategori MotoGP manakala Martin mengumpul 385 (tambahan sembilan mata) dan Francesco Bagnaia pula mendahului kesemua peserta lain dengan 396 mata.

Berikut merupakan senarai penuh keputusan perlumbaan Sprint:

1) Alex Marquez – Gresini Racing MotoGP

2) Jorge Martin – Prima Pramac Racing

3) Francesco Bagnaia – Ducati Lenovo Team

4) Enea Bastianini – Ducati Lenovo Team

5) Brad Binder – Red Bull KTM Factory Racing

6) Jack Miller – Red Bull KTM Factory Racing

7) Marco Bezzecchi – Mooney VR46 Racing Team

8) Johann Zarco -Prima Pramac Racing

9) Luca Marini – Mooney VR46 Racing Team

10) Maverick Vinales – Aprilia Racing

11) Franco Morbidelli – Monster Energy Yamaha MotoGP

12) Aleix Espargaro – Aprilia Racing

13) Fabio Di Giannantonio – Gresini Racing MotoGP

14) Augusto Fernandez – GASGAS Factory Racing Tech3

15) Pol Espargaro – GASGAS Factory Racing Tech3

16) Fabio Quartararo – Monster Energy Yamaha MotoGP

17) Raul Fernandez – CryptoDATA RNF MotoGP Team

18) Miguel Oliveira – CryptoDATA RNF MotoGP Team

19) Takaaki Nakagami – LCR Honda

20) Iker Lecuona – LCR Honda

21) Marc Marquez – Repsol Honda Team

22) Alvaro Bautista – Aruba.it Racing

23) Joan Mir – Repsol Honda Team