Sebahagian graduan yang baka menerima sijil, diploma, atau ijazah pada masa konvokesyen ada kalanya sedia membelanjakan wang untuk mendapatkan gambar ‘pre-convo’ sebagai kenangan. Jadi, timbullah pelbagai idea kreatif dalam mengabadikan momen indah bersama rakan seperjuangan sebelum mengambil haluan masing-masing.
Menariknya, sekumpulan graduan yang dipercayai dari Universiti Sains Islam Malaysia ingin membawa kelainan yang luar biasa yang mana telah mencuri perhatian netizen dari dua negara apabila memilih lokasi penggambaran di Bromo, Jawa Timur, Indonesia.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh jurugambar di Indonesia yang mendapat permintaan unik tersebut dan kini videonya meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan di platform TikTok.
Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, kesemua graduan dapat merakam momen indah dengan berlatarbelakangan gunung Bromo yang kaya keindahan alam semula jadi di samping tampak unik.
Jurugambar dilihat berjaya menampilkan graduan itu sebagai subjek utama tetapi dalam masa sama memanfaatkan kecantikan latar belakangnya.
Masing-masing memperlihatkan ‘posing’ menarik sekaligus menjadikan ia lebih dramatik dan candid menerusi koleksi gambar yang ditangkap.
@dikaa.lens kapan lagi foto wisuda sudah include tiket jalan2 🥰 – dm untuk reservasi >> #fotowisuda #fotowisudaoutdoor #bromotenggersemeru #fypã‚·
Menjengah ke ruangan komentar, pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh netizen dari Indonesia mahupun Malaysia yang mana masing-masing sangat teruja melihat perkara itu.
“”Mereka ada Gunung Kinabalu tertinggi se-Asia Tenggara, tapi masih pilih Bromo… berarti mereka ada duit dan niat. Keren!”
“Orang Indonesia sendiri tak pernah terfikir untuk foto pre-convo di sana [Bromo].”
“Terima kasih [kepada] Malaysia kerana sudi datang melawat negara kami. Semoga pengembaraan saudara/saudari menyenangkan. Selamat bergraduasi daripada saya.”
“bangga sekaligus sedih… org jauh dtang kita yg dekat gak prnah kesitu,” demikian komentar dari netizen Indonesia.
Sementara netizen Malaysia turut mengucapkan tahniah buat para graduan terbabit yang berjaya menyelesaikan pengajian dan menerima sijil kelak serta dalam masa bangga melihat nama USIM berjaya sampai ke puncak Bromo.