Pasangan pengantin di Indonesia yang melakukan sesi fotografi pre-wedding hingga mencetuskan kebakaran hutan dan tanah di Blok Savana Lembah Watangan yang juga digelar sebagai Bukit Teletubbies di Gunung Bromo, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Permohonan maaf itu dilakukan secara langsung kepada masyarakat Tengger, Ketua Dukun Parisada Sutomo, dan tiga ketua kampung yang mewakili enam perkampungan Jumaat lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami dan rakan-rakan yang berada di tahanan pihak polis ingin menyampaikan permohonan maaf sedalam-dalamnya.  Permohonan maaf ini kami tujukan kepada suku kaum Tengger, pada tokoh-tokoh adat Tengger, kepada masyarakat Tengger, pemerintah Tengger,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, mereka juga turut menyampaikan permohonan maaf kepada Presiden, Joko Widodo dan pemimpin kabinet lain termasuk pemerintah wilayah Jawa Timur, Kabupaten Probolinggo, Pasuruan serta seluruh rakyat republik itu.

Jelas bakal pengantin lelaki itu, mereka tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kebakaran itu. Tambahannya, sewaktu kebakaran tercetus, rombongan mereka berusaha mengambil air mineral dalam kereta untuk memadamkan api.

Kata mereka kejadian itu akan menjadi pengajaran bermakna buat mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sementara itu, pihak pengurusan Pusat Taman Negara Bromo Tengger Semeru (BB TNBTS), langkah undang-undang akan diambil berhubung kejadian itu.

Difahamkan tindakan pasangan kekasih yang menyalakan suar semasa penggambaran pre-wedding di Gunung Bromo itu telah menjadi punca kebakaran dahsyat seluas 50 hektar dalam kejadian minggu lalu.

Selepas pihak berkuasa berjaya mengawal dan memadam api yang menjilat hampir keseluruhan kawasan cantik itu, keadaan Gunung Bromo berubah menjadi hangus. Video terkini keadaan Gunung Bromo boleh dilhat menerusi perkongsian akaun @Heraloebss dibawah.

Berdasarkan video yang dikongsikan,  sebahagian besar kawasan Gunung Bromo kelihatan hangus teruk sekaligus bertukar menjadi “padang jarang, padang terkukur”.

Video pasangan ini tular di media sosial pada beberapa minggu lalu yang mana mereka kelihatan sedang bergembira mengambil gambar sambil memegang suar di tangan mereka. Dipercayai suar yang dipegang itu mengeluarkan asap yang banyak sebelum mencetuskan kebakaran di gunung tersebut.