GSC Cinemas mengumumkan penutupan operasi GSC Alamanda Putrajaya sepenuhnya pada 14 Ogos ini. Orang ramai boleh pergi melihat tayangan filem terakhir di pawagam tersebut pada 13 Ogos nanti.
“15 tahun sejak kami membuka pintu pada 5 April 2008, kami diberi penghormatan untuk berkongsi banyak detik yang tidak dapat dilupakan bersama anda.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini. Senyuman, helaan nafas, tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” petik kenyataan GSC Cinemas.
Bye GSC Alamanda! Come say bye and watch a movie here before 14 August! 👋 pic.twitter.com/dRgtFcQdCu
— GSC (@GSCinemas) August 2, 2023
GSC Cinemas menjemput orang ramai untuk meneruskan sokongan dengan menonton pawagam GSC terdekat yang berada di IOI City Mall 1 & 2.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan, netizen mengungkapkan perasaan sedih dengan penutupan GSC Alamanda Putrajaya itu.
Orang ramai juga kongsikan pelbagai memori indah sepanjang 15 tahun pawagan itu beroperasi di sana — ada yang pernah datang sejak dari zaman bercinta sehinggalah sudah mempunyai anak.