Pemain tengah Newcastle United, Bruno Guimaraes, dilaporkan telah mencapai persetujuan secara peribadi dengan Arsenal untuk menandatangani kontrak selama lima tahun, menurut laporan L’Équipe.
Pemain antarabangsa Brazil itu dikatakan bersedia menyertai juara Liga Perdana Inggeris tersebut sekiranya kedua-dua kelab berjaya mencapai persetuan mengenai nilai perpindahan.
Walaupun Guimaraes sudah memberikan lampu hijau kepada Arsenal, rundingan antara Arsenal dan Newcastle masih belum dimuktamadkan.
Newcastle dilaporkan tetap mahu mengekalkan kapten mereka.
Tetapi tetap menghormati keputusan Guimaraes jika pemain itu meminta dilepaskan. Cuma Newcastle berharap mereka akan mendapat harga yang memuaskan.
Newcastle sebelum ini sudah berjanji akan melepaskan Guimaraes ke kelab besar jika ada tawaran, jika dia terus kekal bersama mereka semusim lagi selepas kejayaan menjulang Piala Liga 2024/25.
Newcastle benar benar menghargai Guimaraes yang terus komited untuk kelab mereka. Terutama sekali pada musim mereka beraksi di Erpah.
Kini, Arsenal dijangka mengemukakan tawaran sekitar £60 juta untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.
Namun Newcastle hanya sedia menerima tawaran bermula £68 juta untuk pemain tersebut kerana ada pertimbangan tentang kalusa jual yang masih ada pada pemain itu.
Lyon berhak mendapatkan sekitar 7.5% daripada penjualan Guimaraes.
Guimaraes dikatakan telah berbincang dengan wakil Arsenal sejak bulan lalu dan melihat perpindahan ke Emirates sebagai langkah terbaik untuk meneruskan kariernya.
Arsenal pula menjadikan pemain tengah itu sebagai antara sasaran utama bagi memperkukuhkan bahagian tengah pasukan menjelang musim baharu.
Ini bukanlah kali pertama Arteta mahukan Guimaraes. Cuma sebelum ini Arteta terpaksa akur bahawa pemain itu memutuskan untuk kekal sekurang kurangnya semusim lagi dengan Newcastle selepas membantu pasukan itu menjulang Piala Carabao musim 2024/25.