Pada hari Sabtu lalu, jenama Bulan Bintang telah ‘mewarnakan’ sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur dengan cahaya dron dan projection mapping semasa berlangsungnya acara pertunjukan fesyen baju raya ‘Bulan Bintang Takes The Sky’.
Sebanyak 350 biji dron yang diterbangkan khas ke Malaysia untuk membuat beberapa formasi di udara seperti logo Bulan Bintang, alamat laman web Bulan Bintang, bentuk countdown watch, baju melayu, baju kurung dan kapal UFO.
Baca Juga:
- Bulan Bintang Cipta ‘Malaysia Book Of Records’, Guna 350 Dron Khas Dari UK Untuk Pertunjukan Fesyen
- Wanita OKU Pekak Ini Mampu Raih Lebih RM600,000 Menerusi ‘Livestream’ Guna Bahasa Isyarat
- Siti Khadijah Tawar Pembayaran ‘BNPL’ Patuh Syariah Dan Tanpa Faedah Kepada Pelanggan
Jemput dengar crowd meraung menjerit lepas nampak drones formation besar gila kat langit 🤣 pic.twitter.com/ysH7c2Hpsa
— meri (@meripergibulat) February 19, 2023
Beberapa video yang dimuat naik pengguna media sosial telah mendapat pujian daripada netizen kerana ini pertama kalinya orang ramai melihat jenama lokal pakaian raya menggunakan dron dan projection mapping untuk mempromosikan koleksi baju raya.
Orang ramai juga memuji pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berani membuat kelainan dengan membawakan idea marketing yang fresh dan bertaraf antarabangsa.
Azzim menyatakan pasukan formasi dron khas dari United Kingdom yang berpengalaman membuat persembahan seperti di Piala Dunia FIFA, kejohanan sukan Olimpik Tokyo dan banyak lagi.
See! This is how you do it. WITH CLASS! Not using some cheap publicity stunt. Kat tengah-tengah jalan raya. 👏🏻👏🏻👏🏻
And korang tengok tak baju melayu diorg? Traditional but still so slick! https://t.co/8I0k1CMMck
— Shahmoses (@shahmoses) February 19, 2023
https://twitter.com/kkukuyi/status/1627348083796475906?s=20
waaaaaaaayyyyy better than the one at the zebra cross depan pavi bukit bintang https://t.co/YCTVH2Wrbt
— 🐘 (@umairahazham) February 19, 2023
this is fuckin crazy.cant wait for Konsert Malam Bulan Bintang😍 https://t.co/Wbmjgaonfx
— 𝕗 𝕚 𝕜 🍁 (@FikriAzmy_) February 19, 2023
Difahamkan 80 peratus daripada bajet RM2 juta telah digunakan untuk membawa 350 unit dron dari UK datang ke Malaysia bagi menjayakan persembahan dron di Menara Kuala Lumpur.
Pengasas Bulan Bintang turut menyatakan beliau mendapat ‘idea dron’ itu selepas terinspirasi melihat kehebatan formasi dron ketika bercuti ke luar negara.
Kejayaan pada malam Sabtu lalu tidak terhenti begitu sahaja, pada 4 Mac akan datang ‘Konsert Malam Bulan Bintang’ bakal diadakan Axiata Arena Bukit Jalil yang menampilkan persembahan dari selebriti-selebriti ternama Malaysia serta Indonesia seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M’ Nasir, Faizal Tahir, Opick, Raihan feat Alif Satar & The Locos, Sabyan dan Salammusik.
Khabarnya lebih banyak kejutan akan dipertonton kepada para pengunjung semasa acara konsert itu berlangsung nanti seperti tempat duduk bersudut 360 darjah.