Jika tahun lepas ada persembahan dron, tahun ini Bulan Bintang ‘buat hal lagi’ apabila bakal memberi hadiah ‘Golden Ticket’ Nissan GT-R kepada pembeli baju Melayu Bulan Bintang bertuah!

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pengasasnya, Azzim Zahid Azmi, 27, yang mahu menjadikan 2024 sebagai tahun untuk membalas jasa pelanggan setia yang tidak jemu memberikan sokongan kepada jenamanya sejak sembilan tahun lalu.

Baca Juga:

@bulanbintangfav

Berebut la orang beli nak menang GTR #bulanbintang #bulanbintangfav

♬ original sound – Bulan Bintang Selangor – Bulan Bintang Selangor

Azzim berkata tahun lepas sejumlah RM8 juta dibelanjakan bagi membina jenama, namun kini semuanya ‘dihabiskan’ kembali kepada para pembeli.

“Tahun ini adalah tahun untuk saya membalas jasa kepada mereka yang selama ini menyokong kami. Saya belanjakan RM11 juta dan semuanya diberikan kembali kepada pembeli. Tahun ini kami belanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 samping percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik modern fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.

“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta (Nissan GT-R), motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,” jelasnya kepada Utusan TV ketika sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 yang diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini Azzim telah memanggil beberapa pelanggan terpilih untuk tebuk stok baju Melayu Bulan Bintang di mana beliau berjanji dan yakin kualiti kain serta jahitan baju Melayu Bulan Bintang tahun ini adalah lebih baik berbanding daripada yang sebelum ini.