Rezeki memang datang dalam pelbagai cara. Bagi seorang suri rumah dari Taiping, Perak, niat asal sekadar membeli baju raya selepas terpanggil dengan promosi percuma tumbler. Ia akhirnya bertukar menjadi durian runtuh apabila beliau memenangi RM200,000 menerusi kempen ‘Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by Affin Bank’.
Nurul Aqilah Radzuan, 33, pada mulanya hanya membeli sepasang baju kurung daripada jenama Bulan Bintang sebagai persiapan Aidilfitri. Namun pembelian tersebut secara tidak langsung melayakkannya menyertai kempen ‘AFFIN Dream Box’.
@bulanbintangclothing Tahniahhhhhh kepada pemenang AFFIN Dream Box yang bernilai 200 ribu ringgit. Rezeki jatuh dari langit! Nak tengok apa impian yang AFFIN & Bulan Bintang kena tunaikan? Stay tuned 🤩 #bulanbintanghq #bulanbintangterrrrpalingrayapoweredbyaffin
♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ – Bulan Bintang Clothing HQ
Menurutnya, dia hanya menyedari tentang penyertaan itu selepas menerima kotak pembelian dan mengimbas kod QR yang disediakan.
Apa yang lebih mengejutkan, paparan pada skrin menunjukkan dia memenangi RM200,000.

Pada mulanya Nurul Aqilah menyangka jumlah tersebut hanyalah RM200. Namun selepas melihat semula paparan tersebut, barulah dia sedar jumlah sebenar yang dimenangi jauh lebih besar.
“Saya terus screenshot dan hantar kepada suami sebab tak percaya apa yang saya nampak,” katanya ketika majlis penyerahan hadiah di Menara Affin @ TRX.
@bulanbintangclothing Selesai misi AFFIN dan Bulan Bintang untuk fullfil semua impian pemenang AFFIN Dream Box 200 ribu ringgit ni. Dapat ikut pergi shopping pon rasa best 🤩 Korang jangan risau, teruskan berimpian sebab ada banyak lagi hadiah-hadiah yang best menanti! #bulanbintanghq #bulanbintangterrrrpalingrayapoweredbyaffin
♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ – Bulan Bintang Clothing HQ
Menurut Aqilah lagi, kemenangan tersebut disifatkan sebagai rezeki yang sangat bermakna buat keluarganya, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri.
Sementara itu, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi atau lebih dikenali sebagai Meri berkata, konsep “Dream Box” diperkenalkan sebagai pendekatan baharu bagi memberi kebebasan kepada pemenang menentukan sendiri ganjaran atau impian mereka.
Meri menambah masih terdapat banyak lagi hadiah yang belum dimenangi untuk kempen ‘AFFIN Dream Box’ ini antaranya Dream Box bernilai RM100,000 & RM50,000, kereta, motosikal dan pelbagai lagi hadiah lain. Senarai hadiah yang masih boleh dimenangi boleh dilihat di aplikasi Bulan Bintang.
Kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya yang dijalankan dengan kerjasama Affin Islamic Bank membolehkan pelanggan mengetahui keputusan kemenangan secara serta-merta hanya dengan mengimbas kod QR pada kotak pembelian.
Menariknya, pelanggan hanya perlu membeli produk Bulan Bintang bermula RM109 untuk melayakkan diri menyertai kempen tersebut.
Selain hadiah utama ‘AFFIN Dream Box’, kempen ini turut menawarkan pelbagai ganjaran lain termasuk Duit Raya berjumlah ratusan ribu ringgit serta hadiah daripada rakan kolaborasi seperti Tealive dan Tabung Haji Travel & Services.
Hadiah AFFIN Dream Box yang bernilai RM100,000 dan RM50,000 masih belum ditebus. Adakah mungkin anda pemenang seterusnya?