Bulan Ramadan akan menjelma tidak lama lagi dan ramai yang pastinya mencari baju Melayu berkualiti untuk disarung semasa hari raya nanti.
Susulan ada komen-komen yang memperlekehkan kualiti baju Melayu Bulan Bintang tahun lalu, pengasasnya Azzim Zahid Azmi tampil mendengar dan membuat perubahan drastik untuk semua stok baju Melayu Bulan Bintang baharu tahun 2024. Beliau percaya produknya untuk tahun ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
“Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan pelanggan, bekas pelanggan, bekas pelanggan dan juga haters jenama ini. Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan periksa sendiri.
“Kalau tak buat begini, risau netizen kata aku hanya promote barang-barang yang elok, yang dah rancang sahaja.
“Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam,” tulis Azzim atau lebih dikenali dengan nama Meri.
Setiap pelanggan yang hadir ke sesi tersebut dipilih secara rawak oleh pihak Bulan Bintang dan ada antara mereka yang membawa baju Melayu Bulan Bintang tahun lalu untuk membuat perbandingan kualiti jahitan, jenis kain dan beberapa ciri baharu yang ada pada baju Melayu Bulan Bintang.
Rata-rata pengikut Meri memuji cara mereka yang bersungguh-sungguh mahu mengembalikan kepercayaan pelanggan untuk jenama tersebut.
“Founder BB berani buat macam ini untuk dapatkan balik kepercayaan customer BB yang kecewa sebelum ini. Memang saya respect. Bukti yang nothing can bring u down & nothing cant stop u to stand great again. Tahniah Meri yang sentiasa positive!” antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.
“Part zip itu memang menarik. Saya antara yang rasa sendiri kualiti Bulan Bintang tahun ini dan ia memang lain!” komen daripada salah seorang pelanggan yang bertuah dijemput ke sesi private viewing.
Adakah BB kekal akan jadi fenomena seperti tahun lalu? Sama-sama kita nantikan.