Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung seorang pegawai kanan polis yang didakwa memiliki dua jam tangan mewah berjenama Rolex dipercayai bernilai ratusan ribu ringgit.

Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad bagaimanapun berkata, siasatan awal mendapati jam berkenaan itu merupakan hasil pemberian ibu dan bapanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“PDRM sedang menjalankan siasatan ke atas seorang pegawai kanan polis yang memiliki gaya hidup mewah dengan mempunyai dua utas jam tangan Rolex.

“Hasil siasatan awal mengesahkan bahawa kedua-dua barangan mewah tersebut dibeli menggunakan duit hadiah pemberian oleh ibu dan mendiang bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tegas Azri, PDRM bagaimanapun akan terus menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut bagi membuktikan kesahihan perkara berkenaan.

Terdahulu, seorang wanita berpangkat ‘Datuk’ yang juga isteri kepada pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN).

Tertuduh didakwa melakukannya di sebuah rumah di sini pada Januari tahun 2021.

Sumber