Pada ketika ini golongan dewasa sudah mula sibuk mengisi sampul raya untuk diberikan pada 1 Syawal nanti. Pelbagai jenis pihak mengeluarkan sampul raya tersendiri sebagai salah satu cara untuk marketing jenama mereka.

Baru-baru ini tular satu gambar sampul raya yang dikeluarkan oleh sebuah rangkaian hotel bajet patuh syariah. Di bahagian belakangnya terpapar tagline yang tidak senonoh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Netizen menyelar pihak hotel penggunaan tagline itu didakwa tidak sesuai kerana majoriti penerima sampul tersebut merupakan golongan kanak-kanak.

Ini boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tertanya-tanya untuk mengetahui maksud di sebalik tagline tersebut. Ibu bapa mungkin menghadapi kesukaran untuk menjawab persoalan anak mereka, lebih-lebih lagi di hadapan pemberi ‘duit raya’ berkenaan.

Tambah netizen lagi, jika kanak-kanak menggunakan internet untuk mencari maksud perkataan itu, pasti akan keluar maklumat tidak senonoh yang mereka akan tonton nanti.

Sumber Gambar: FB Ina Tisha Merican
Sumber Gambar: FB Ina Tisha Merican
Sumber Gambar: FB Ina Tisha Merican
Sumber Gambar: FB Ina Tisha Merican

Netizen meminta pihak hotel untuk lebih peka pada masa akan datang, dengan menggunakan perkataan atau ayat yang lebih sopan dalam memberi nasihat dan teguran.

Untuk cover perkataan tidak senonoh itu, wanita tersebut menggunakan sticker Mr.DIY untuk ditampal pada bahagian belakang sampul raya berkenaan.