Seperti biasalah, pada setiap tahun kita pasti mahu mencari sampul raya yang cantik untuk diberikan kepada kanak-kanak. Jadi, muncullah senarai sampul raya yang cantik yang dibuat oleh netizen.

Namun, apa yang menarik perhatian pada kali ini, ada segelintir netizen turut berkongsi pandangan mereka terhadap sampul raya yang terburuk pada tahun ini.

Baca Juga:

Seorang penjual manisan terkemuka iaitu Khalieda Yusra atau lebih mesra disapa Kieda Crepe telah berkongsi satu tangkap layar mengenai sebahagian netizen yang mendakwa sampul rayanya paling buruk untuk tahun ini.

Sumber Gambar: Khalieda Yusra

Seperti tidak terkesan dengan komentar itu, Kieda Crepe di dalam hantaran terbaharunya tampil tenang dengan mengatakan dia bangga dengan pencapaian hidupnya setakat ini.

Malah, dia merasakan individu yang berbuat sedemikian dek hanya kerana mahu mencari kelemahan orang lain.

“Saya bangga dengan setiap pencapaian hidup saya.

“Teruskan duduk di belakang saya.

“Sebab orang sentiasa mencari kekurangan orang ni kalau dia kaya, dia akan jijak orang susah tanpa fikirkan hati orang,” tulisnya di hantaran itu.

Dalam pada itu,  dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil peduli hal peribadinya dan meminta maaf jika ada melakukan kesilapan.

Dia turut sempat membuat ucapan selamat hari raya kepada para peminatnya di platform Facebook.

Sementara di ruangkan komen, para peminatnya meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sentiasa mencari kesalahan orang lain sehingga sampul raya menjadi isu besar.

Mereka turut memuji Kieda Crepe kerana berjaya mengeluarkan sampul raya sendiri. Dalam pada itu, ada juga mempersoalkan tindakan individu yang mempertikai sampul raya rekaan Kieda dengan komen yang kurang ajar.