Pemain tengah, Ilkay Gundogan mendedahkan keadaan yang menyebabkan Manchester City mengalami penurunan prestasi pada musim ini.

Selepas cemerlang dengan empat kejuaraan English Premier League (EPL) berturut-turut serta menjuarai UEFA Champions League (UCL) 2022/23, Manchester City berdepan episod gelap pada musim ini.

Baca Juga:

The Cityzens bukan sahaja terlepas peluang untuk menjuarai EPL buat kali kelima berturut-turut, malah ketika ini hanya berada di kedudukan keenam.

Gundogan
Soccer Football – FA Cup Final – Manchester City v Manchester United – Wembley Stadium, London, Britain – June 3, 2023 Manchester City’s Ilkay Gundogan celebrates scoring their first goal Action Images via Reuters/Paul Childs

Skuad kendalian Pep Guardiola itu mencatatkan 15 kemenangan, tujuh keputusan seri dan sembilan kekalahan untuk mengumpul 52 mata.

Melihatkan kepada keadaan itu, Gundogan yang kembali bersama Manchester City selepas meninggalkan Barcelona pada Ogos 2024 melihat barisan pemain kelab tersebut seperti hilang keinginan dan keazaman untuk terus memenangi piala.

Pendapat Gundogan Mengenai Prestasi Hambar Manchester City

“Saya rasa dalam banyak perlawanan, mungkin kami terlalu memberi perhatian kepada aspek taktikal dan kurang menumpukan kepada tingkah laku — tingkah laku kami sendiri,” ujar Gundogan menurut sumber laporan Goal.

“[Mereka perlu] mempunyai ketekunan, keinginan, dan sifat agresif. Perkara-perkara mudah yang memang sebahagian daripada permainan.”

Gundogan
Soccer Football – Champions League Final – Manchester City v Inter Milan – Ataturk Olympic Stadium, Istanbul, Turkey – June 11, 2023 Manchester City’s Ilkay Gundogan celebrates with the trophy after winning the Champions League REUTERS/Molly Darlington/File Photo

“Tetapi kadang-kadang kita terlalu fokus kepada kedudukan kami dalam padang atau perkara lain, sampai terlupa elemen lain yang sepatutnya jadi kebiasaan atau norma dalam permainan.”

Satu-satunya peluang buat Manchester City agar tidak pulang dengan tangan kosong pada musim ini adalah dengan memenangi Piala FA.

Dengan saingan yang bakal memasuki separuh akhir, Manchester City akan berdepan tugas berat iaitu menentang Nottingham Forest.

 

Sumber