Gunung Fuji kekal tidak bersalji sejak rekod mula dicatatkan 130 tahun lalu, menurut agensi cuaca negara.

Memetik laman Buletin TV3, salji biasanya mula terbentuk di gunung berapi itu pada secara purata pada 2 Oktober dan tahun lalu, salji pertama dikesan pada 5 Oktober.

Bagaimanapun pada kali ini sedikit berbeza disebabkan cuaca yang panas, tahun ini tiada salji lagi yang dilihat di gunung tertinggi di Jepun, kata Yutaka Katsuta, seorang peramal dari Pejabat Meteorologi Tempatan Kofu.

Menurut Katsuta, ia merupakan tarikh paling lewat sejak data perbandingan tersedia pada 1894, mengatasi rekod sebelumnya pada 26 Oktober yang dicatatkan dua kali, iaitu pada 1955 dan 2016.

“Suhu sangat tinggi pada musim panas ini, dan suhu tinggi sama akan berterusan hingga September, menghalang angin sejuk” yang membawa salji, kata Katsuta kepada agensi berita AFP.

Tambahnya lagi, perubahan iklim mungkin mempunyai sedikit kesan terhadap kelewatan pembentukan salji di puncak gunung.