Sebelum ini kecoh apabila satu kisah tular melibatkan seorang guru yang mengejek dan hina anak murid sendiri yang ada masalah autisme menerusi perbualan WhatsApp.
Dipercayai guru itu mahu mengejek pelajar istimewa itu di kumpulan sembang guru namun tersilap hantar di kumpulan sembang dengan ibu bapa.
Baca Juga:
- Shiera Ijoy Dedahkan Sumbangan Netizen Dan Artis Cukup Untuk Aman Graseka Buat Modal Berniaga
- ‘Respect Is Earned, Not To Be Given’ – Guru Tegur Pelajar Beri Komen Biadap Ketika Sesi Kelas ‘Online’
- Guru Dikecam Pukul Murid Depan Orang Ramai
Guru tersebut segera memadamkan semula mesej itu. Namun nasi sudah menjadi bubur apabila ayah kepada pelajar itu sempat membuat tangkap layar mesej tersebut.
Netizen kemudian menyatakan kekecewaannya dengan tindakan guru itu hina murid sendiri, dan meminta Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil perhatian perkara itu.
Mereka tidak sangka seorang guru boleh bertindak sedemikian di belakang pengetahuan ibu bapa. Sedangkan guru itu profesion yang dipandang mulia.
“Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. sila ambil perhatian.
“Tindakan seorang guru dari SK. Pekan Tuaran yangg mengatakan “anak bongkok” pada murid yangg mengidap Autism.
“Dikatakan cikgu tersebut menghantar pada satu whatapps group tapi kemudiannya dipadamkan setelah menyedari dia telah menghantar whatsApps group yang bapa murid tersebut dalam group itu dan sempat membuat tangkapan skrin,” seorang warganet.
Akibat kritikan yang dia terima daripada ramai pihak. Guru tersebut dikatakan telah memadamkan akaun media sosialnya.
Ramai juga meminta guru itu meletak jawatan sahaja kalau dia cuma mahu menjadi guru kerana gaji semata mata dan tidak ada semangat sebagai pendidik.
Ada juga berharap agar perkara ini dijadikan pengajaran oleh guru itu di masa akan datang.
Dan satu pendedahan lebih mengejutkan, menurut laman Beautifulnara, guru itu sendiri ada seorang anak istimewa di bawah jagaannya.
Tular sebelum ini mengenai kisah seorang guru yang tergamak mengutuk anak muridnya yang menghidap autisme di group WhatsApp cikgu di sebuah sekolah yang terletak di Sabah.https://t.co/LOuuukWaXQ
— beautifulnara (@beautifulnara) January 8, 2024
Oleh sebab itu ramai yang lebih kecewa kerana guru itu dengan selamba menghina anak istimewa orang lain yang merupakan pelajar dia sendiri.