Bagi sesetengah pelajar, ketiadaan guru ke kelas sememangnya menjadi kegemaran. Tetapi tidak bagi tiga pelajar daripasa SMK Taun Gusi yang mana telah menyaman gurunya kerana didakwa ponteng ke kelas.

Tiga bekas pelajar masing-masing menerima pampasan RM50,000 selepas berjaya dalam saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka yang ‘ponteng’ kelas selama tujuh bulan pada 2017.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Bernama

Ganti rugi nominal diberikan kepada setiap plaintif berjumlah RM30,000 kerana kehilangan peluang memperoleh gred yang baik dalam Bahasa Inggeris dan kehilangan peluang yang baik dalam hidup mereka untuk menerima pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.

Baki RM20,000 pula dianugerahkan sebagai ganti rugi akibat trauma emosi atau psikologi akibat kesan dan penghinaan akibat ketidakhadiran guru.

Menurut Shim, keputusan itu dibuat selepas tiga pelajar terbabit dinafikan hak perlembagaan masing-masing untuk mengakses pendidikan oleh lima defendan.

Ketiga-ketiga pelajar telah menamakan Mohd Jainal Jamran selaku guru Bahasa Inggeris yang ponteng itu bersama enam entiti berkaitan sebagai defendan. Hanya lima defendan yang didapati melanggar kewajiban berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan 1996.

Selain itu, lima defendan tersebut didapati sudah melanggar hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan.

“Defendan perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM20,000 kepada setiap plaintif,” kata hakim lagi.

“Bukti menunjukkan bahawa tarikh defendan pertama tidak hadir ke sekolah adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)

“Tiada keterangan yang menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit dalam aktiviti sekolah lain dalam tempoh lama dia tidak hadir,” putus beliau.

Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali, dan Calvina Angayung memula tindakan undang-undang ke atas defendan dengan memfailkan saman mereka pada Dis 2020.

Malah, mereka mendakwa Mohd Jainal tidak hadir, datang lewat, dan keluar awal dari kelas selama tujuh bulan iaitu antara Mac hingga Okt 2017.

Mohd Jainal juga menjadi subjek saman serupa yang difailkan oleh Siti Nafirah Siman berhubung perkara serupa. Saman itu masih dibicarakan.