Legenda Real Madrid, Jose Maria Gutierrez Hernandez atau mesra dengan panggilan Guti memuji skuad yang kini dibimbing oleh Carlo Ancelotti itu.

Beliau turut menganggap skuad Real Madrid musim 2023/24 adalah lebih baik berbanding ketika era Galacticos dimana menampilkan deretan pemain berkelas dunia bermula awal tahun 2000.

Baca Juga:

Malah, Guti turut berada bersama barisan pemain hebat lain seperti Ronaldo Luis Nazario de Lima, Zinedine Zidane, Luis Figo, David Beckham, Kaka dan ramai lagi.

Sepanjang 15 tahun bersama skuad senior Los Blancos itu, Guti telah menjulang tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan lima kali bergelar juara La Liga.

“Ia [merujuk kepada pasukan terkini Real Madrid] adalah pasukan yanglebih baik berbanding daripada Galacticos, pasukan yang jauh lebih baik,” ujar Guti menurut sumber laporan Goal.

Adunan pemain muda dan berpengalaman jelas menjadi nadi kekuatan Real Madrid yang sedang memimpin saingan La Liga 2023/24.

Meskipun beraksi di jentera tengah, Jude Bellingham yang dibawa masuk pada musim panas lalu jelas mencuri tumpuan dimana beliau merupakan penjaring terbanyak liga setakat ini dengan 16 gol bersama-sama Artem Dovbyk (Girona) dan Ante Budimir dari Osasuna.

Manakala duo Brazil iaitu Vinicius Jr dan Rodrygo kini masing-masing sudah menjaringkan 10 gol.

Selepas mengharungi 30 perlawanan liga, Real mencatatkan 23 kemenangan, enam keputusan seri dan hanya mengalami satu kekalahan untuk mengumpul 75 mata.

Seteru utama, Barcelona yang merupakan juara bertahan pula ketinggalan lapan mata dan Girona menduduki tangga ketiga dengan 65 mata.

 

Sumber