Josko Gvardiol telah membawa tahap latihan peribadi pemain profesional ke tahap baharu.
Selalunya pemain bola sepak profesional akan berlatih di kelab berdekatan ketika mereka bercuti untuk mengekalkan tahap kecergasan. Misalnya baru baru ini Declan Rice berlatih di Merstham.
@mersthamfc 𝗗𝗘𝗖𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗖𝗘 𝘅 𝗠𝗘𝗥𝗦𝗧𝗛𝗔𝗠 Welcome to Merstham… Declan Rice! Things you love to see… 👀 @Premier League midfielder Declan Rice training hard at The Hybrid Fitness Stadium these past few weeks. #UTM 🧡🖤 #footballtiktok #footballedit #declanrice #arsenal #england #fyp #foryoupage #fypシ
Ramai lagi pemain profesional secara akan berlatih dengan bantuan jurulatih peribadi atau kelab tertentu. Mereka akan memohon budi bicara sesebuah kelab untuk berlatih atau menggunakan kemudahan mereka.
Josko Gvardiol berlatih ala Call Of Duty
Josko Gvardiol pula, yang merupakan antara tonggak utama skuad kendalian Pep Guardiola, memilih untuk menyertai program ‘Commando 9’, sebuah kursus ekstrem yang dirangka oleh bekas anggota tentera khas.
Program ini merupakan latihan fizikal dan mental sukarela , berbentuk simulasi ketenteraan yang sering disertai oleh orang awam bagi menguji daya tahan diri dalam situasi berintensiti tinggi.
Joško Gvardiol spent a day with Commando Squad 9 in Croatia 🇭🇷
Turning legendary war games into real life for civilians… serious pre-season prep 🔥 pic.twitter.com/iYVcSYThvC
— GiveMeSport (@GiveMeSport) July 28, 2025
Dalam beberapa gambar dan video yang tular, Gvardiol kelihatan lengkap berpakaian seragam taktikal, membawa senjata (airsoft gun) dan menyertai misi-misi simulasi yang menyerupai medan perang sebenar.
Difahamkan, peserta program ini perlu melalui pelbagai halangan lasak, operasi taktikal, serta tugasan berpasukan – seakan-akan berada dalam dunia permainan video “Call of Duty”.
Gvardiol dilaporkan menyertai latihan tersebut atas kehendaknya sendiri, sebagai persediaan fizikal dan mental sebelum kembali beraksi bersama City dalam musim baharu Liga Perdana Inggeris.
Dia tetap dipantau dan sentiasa berhubung dengan pegawai kecergasan Man City sepanjang latihan tersebut.
Walaupun latihan ini bukannya dikendalikan oleh pihak kelab, pemain itu tetap memperlihatkan tahap komitmen tinggi untuk memastikan kondisi fizikalnya di tahap optimum.
Joško Gvardiol spent a day this offseason with Commando Squad 9 in Croatia 🇭🇷
An experience that transforms legendary war video games into reality for civilians.
What a way to get ready for the season 🔥 pic.twitter.com/alZVRUpAsi
— ESPN FC (@ESPNFC) July 28, 2025
“Saya memang minat dengan aktiviti ekstrem. Ini bukan sekadar latihan fizikal, tetapi menguji kekuatan mental dalam tekanan seperti medan sebenar,” katanya dalam satu temu bual dengan media tempatan.
Aksi Gvardiol ini menerima pujian ramai peminat bola sepak di media sosial yang menyifatkan dia sebagai seorang pemain yang bukan sahaja berdisiplin tinggi, malah berani mencabar diri dalam suasana luar kebiasaan.
Manchester City dijadualkan memulakan kempen musim 2025/26 tidak lama lagi, dan penyertaan Gvardiol dalam latihan sebegini dijangka menambah keteguhan mentalnya di barisan pertahanan pasukan.