Presiden Sporting tampil menyatakan bahawa dia tak lut dengan kecaman, ugutan dan dan cacian.
Presiden Sporting menjawab persoalan tentang dakwaan bahawa Viktor Gyokeres bengang dengan kelab yang enggan menjual pemain itu dengan harga £60 juta.
Sebelum ini ejen pemain tersebut menyatakan bahawa Gyokeres kini tertakluk kepada klausa pelepasan £60 juta.
Terdapat beberapa kelab berminat membayar klausa tersebut. Antara yang dilaporkan berminat adalah Manchester United dan Arsenal. Pemain itu juga tertarik untuk bekerjasama bersama Amorim sekali lagi.

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa ejen Gyokeres turut mengadakan perbincangan dengan Arsenal.
Namun kelab memaklumkan bahawa, mereka tidak akan menjual Gyokeres semurah itu. Dia dianggap pemain bernilai £100 juta.
Presiden Sporting nafi letak tanda harga £60 juta
Menurut Fabrizio Romano, Sporting akan mempertimbangkan tawaran di bawah £100 juta namun angka itu haruslah tidak terlalu jauh.
🚨⚠️ Tense situation between Viktor Gyökeres and Sporting.
Despite previous pact for exit worth fee around €65m w/add-ons, Sporting president insists on higher fee.
Price still under €100m clause but not €65m now. Gyökeres, described as furious.
🎥 https://t.co/OOjiiCQiPw pic.twitter.com/kkIOnybHJ3
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 11, 2025
Gyokeres dan ejennya dikatakan sangat marah dengan tindakan kelab.
Dan situasi sekarang, rundingan itu pasti sukar kerana Sporting mahukan harga lebih £70 juta – minimum! Dan kelab mahukan bonus tambahan lain untuk pakej keseluruhan mencecah £85 juta.
Frederico Varandas – Presiden Sporting – menjawab laporan menyatakan ada pemain yang mengamuk dan mengugut kelab – Lapor Daily Mail.
Dia berkata: “Ancaman, ugutan atau cacian, saya tak lut dengan semua itu. Saya boleh sahkan Gyokeres tak akan dijual dengan bayaran €60M + 10 juta add-ons.
“Saya tak pernah janjikan perkara itu [klausa pelepasan £60 juta]. Semua ini permainan ejen dia, yang mebuatkan situasi lebih teruk.”
Kini pemain tersebut masih cuba mencari solusi dengan kelab. Kerana sebelum ini dia setuju untuk terus kekal di Sporting walaupun banyak tawaran kelab besar.