Seorang individu membuat pendedahan yang mengejutkan apabila dia menuduh Trump sebagai punca dia berstatus bangkrap pada ketika ini.
Menerusi kumpulan FB Muflis Bankrupt di Malaysia, individu dengan identiti dirahsiakan memuat naik satu hantaran yang menyoal jika kalau ada yang menimpa nasib yang sama apabila jatuh miskin susulan bermain forex sewaktu era Trump menjadi presiden baru-baru ini.

“Sapa kat sini jatuh miskin pasal forex kita geng,sejak2 trump jadi presiden, trade kelaut.Trade cryto pun kena,” soalnya.
Tambahnya, ketiadaan keuntungan dari aktiviti perdagangan di kripto dan forex lagi, dia mengalami kesukaran untuk membayar komitmen hidup dan pinjaman yang bertimbun.
Dia mendakwa lagi wang miliknya sejumlah RM50,000 sudah habis begitu sahaja ditambah gaji yang cukup-cukup makan dan hasil keuntungan perdagangan sebelum ini pun sudah habis dijual.
Susulan krisis kewangan yang kritikal itu, dia kini hanya memiliki sebuah motor yang digunakan untuk urusan seharian.
Oleh itu ,dia menyoal jika kalau ada cara menambah pendapatan dan cara menghadapi masalah mental breakdown susulan kehilangan wang dan harta nilai sebesar itu.
Kita pun sedia maklum Presiden Trump sentiasa mengubah dasar dan polisinya yang boleh menggugat urusan perdagangan global dan sebagai contoh syarikat gergasi teknologi pada minggu lalu mengalami kerugian lebih ratusan bilion selepas satu pengumuman dasar tarif baharu olehnya.
Menjengah ke ruangan komentar, tampaknya tiada solusi yang diterima tetapi lebih kepada respon sinis yang pedas diberikan oleh netizen akan kedunguan individu terbabit yang menyalahkan orang lain dek kerana kegagalan menguruskan kewangan peribadi.
“Ni salah sorg bodo nk mampus. Percaya sgt dengan cikgu2 trader yg bergambar dgn keta sewa tu. Depa boleh duit, hampa boleh taik.”
“Jangan salahkan orang lain… Salah kan diri sndiri….”
“Forex ni judi. Ko bet mana akan naik dan turun..”
“Buat loan lagi bang, pastu sambung balik main forex kemudian salahkan trumph,pastu ulang lagi step sama.”
“Dah la tu, bang. Toksah perjudikan saki baki duit tunai yg tinggal dalam dompet, tabung, bawah tilam dan sebagainya kat skim2 macam tu.”
“Org dah ckp awl2 lagi forex haram…ko bantai salahkan trump pulok”, demikian adalah komentar yang diberikan oleh orang ramai.
Namun, tidak kurang juga yang memberikan nasihat membina seperti menyuruh individu terbabit untuk membuat kerja sambilan seperti menjadi rider penghantaran. Dalam pada itu, ada yang berkongsi mereka juga mengalami kerugian besar dengan melabur wang simpanan KWSP di dalam kripto dan NFT.