Pernah menjadi pemain Nombor Satu Dunia untuk beberapa tahun, Dato’ Wira Lee Chong Wei cukup terkenal di seluruh dunia dan namanya disegani ramai.
Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan Lee Chong Wei hadir ke temasya Sukan Asia yang sedang berlangsung di China untuk melihat atlet negara kita beraksi dalam saingan badminton.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Reaksi fans China bila camera focus kat Datuk Lee Chong Wei 😊 Such Legend 🫡@ASTROARENA pic.twitter.com/a96LwiQ8OE
— Fariha Razak (@farihaarazak) October 5, 2023
Menerusi video terbabit, dapat dilihat kehadirannya disambut dengan sorakan yang meriah oleh penonton ketika kamera memfokuskan kepada Lee Chong Wei.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen kagum melihat bagaimana peminat di China menghargai wira negara kita.
Fans China pun boleh appreciate his legend status. Terpaling BL kat malaysia pulak hmmmm 😔 https://t.co/0KawXlh08t
— hweng19 LLB (Hons) LLM (@hweng19) October 5, 2023
kesian DLCW. lebih dihargai di China berbanding peminat tegar badminton negara sendiri. https://t.co/2Ksin3LTNf
— 미진새끼 (@paisyusuff) October 5, 2023
Legendddd DLCW 🇲🇾 https://t.co/AyaMrtoLZI
— fameliaA² (@aayiinhereee) October 5, 2023
Malah, ada juga netizen yang mahu tahu bagaimana perasaan Lee Chong Wei menyaksikan aksi atlet negara ketika perlawanan tersebut berlansung.