Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini meluluskan permohonan Nurul Shuhada, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi bagi kes penambahan pihak iaitu ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai responden kedua bagi tuntutan interim hadanah dan induk hadanah.

Menurut pemilik nama penuh Nurul Shuhada Mat Shukri itu, beliau bersyukur permohonannya untuk meletakkan nama ibu sebagai penjaga bagi dua anaknya iaitu Humairah dan Umar diluluskan pihak mahkamah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana Hafidz selaku plaintif tidak hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan isu tuntutan hadanah hari ini.

@ohbulanofficial

Hafidz Roshdi tidak hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk prosiding kes Hadanah. #ohbulan #fyp #nurulshuhada #hafidzroshdi

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

“Alhamdulillah permohonan diterima. Saya cuma nak hak untuk anak-anak. Kalau boleh nak mereka gembira dan hidup mudah.

“Kes ini sudah berlarutan sangat panjang, hampir setahun lebih turun naik mahkamah.

“Kalau boleh, saya harapkan kerjasama daripada pihaknya (hafiz) untuk hadir. Hendak bicara pun memang dia perlu hadir,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar Hafidz dapat menghadiri sebutan kes pada Mei depan bagi menyelesaikan kemelut berhubung tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan bekas suaminya itu tahun lalu.

“Saya dari jauh (Perlis) boleh datang ke sini, dia yang tinggal berhampiran pula tidak hadir. Kenapa?

“Berilah kerjasama sebab dia yang failkan tuntutan ini. Janganlah usaha ini sekerat jalan sahaja,” katanya lagi.

Manakala Peguam Syarie Nurfarhana Abd Manaf mewakili Shuhada selaku defendan memberitahu, sebutan baharu kes itu ditetapkan pada 28 Mei depan.

Sumber