Selebriti tanah air, Hairul Azreen menjadi individu bertuah apabila menerima hadiah raket badminton daripada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia semalam.
Raket dari jenama Victor tersebut digunakan oleh Lee Zii Jia sepanjang beraksi di Olimpik dan Hairul mahu bingkaikannya sebagai hadiah yang paling bermakna.
Baca Juga:
My honest reaction would be Hanis 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/8LYpFUnE8n
— saf (@sfffhhhh) August 12, 2024
Dalam video yang dimuat naik di Instagram Story, Hairul berkata,
“Ini raket, bila pakai?” tanya Hairul kepada Lee.
“Bronze medalist (pingat gangsa) punya raket. Ada dua, tapi ini salah satu. Memang sah,” kata Zii Jia.
“Ini, framelah (bingkai),” balas Hairul.
Selain raket, Zii Jia turut menghadiahkan bulu tangkis dengan tulisan Paris 2024 kepada anak perempuan Hairul, Alisa Aisyah.
Pemain yang berusia 26 tahun itu menyifatkan pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 ini memiliki nilai yang luar biasa bagi dirinya.
“Pingat gangsa ni tidak mungkin jadi realiti kalau tidak kerana cinta saya pada Malaysia, dan juga syukur kepada penaja saya Victor, LG Malaysia dan 100 plus.
“Kepercayaan yang mereka berikan disebalik pelaburan wang ringgit pada saya untuk merealisasikan apa sahaja impian saya membawa makna lebih besar untuk saya terus kekal bermotivasi.
“Tidak lupa juga kepada mereka yang pernah menaja saya serta Universiti Malaya yang memberikan saya kemudahan untuk meningkatkan prestasi saya, kejayaan ini saya kongsi bersama anda.
“Tidak ketinggalan warga Malaysia dan penyokong saya di seluruh dunia, terima kasih kerana menjadi sandaran sokongan fizikal, mental dan emosi saya untuk terus berjuang sebagai seorang professional.
“Iltizam saya adalah untuk memastikan Impian Pingat Emas Olimpik sulung Malaysia jadi realiti, saya akan terus bekerja keras berbekalkan doa dan sokongan anda semua,” tulisnya di laman instagram.